suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sebab bau badan, ini alasan Jessica Jung tutup hidung ketika diserbu peminat

Jessica tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai.

SELEPAS tular video reaksinya menutup hidung secara spontan ketika bertemu peminat, penyanyi Jessica Jung tampil memberi penjelasan mengenai situasi sebenar yang berlaku ketika itu.

Menurut Jessica, 37, tindakannya itu bukan disebabkan dia terhidu bau yang kurang menyenangkan apabila dikerumuni peminat.

Sebaliknya, ia berlaku secara spontan sebagai reaksi terkejut ketika berbual dengan seorang peminat.

Reaksi spontan Jessica menjadi bualan ramai. 

"Telah berlaku salah faham.

"Ia tiada kaitan dengan bau busuk. Seorang peminat dari China di tempat tersebut memberitahu dia baru menyambut ulang tahun kelahirannya. Kemudian saya bertanya umurnya dan dia memberitahu berusia 21 tahun.

"Dia sangat muda, bagaimana dia boleh mengenali saya?" katanya menjawab isu yang tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kerumun Jessica Jung, reaksi tahan bau curi tumpuan... Pelbagai ‘aroma’ masuk hidung 

ARTIKEL BERKAITAN: Jessica Jung pilih Genting Highlands untuk konsert jelajah 2026, bas eksklusif disediakan untuk peminat

Bekas anggota kumpulan Girls' Generation itu tidak menyangka seorang individu yang masih muda mengenalinya sedangkan dia kini kurang aktif dalam dunia seni.

Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan Jessica diserbu peminat ketika dia tiba di Shanghai Pudong International Airport.

Menerusi rakaman tersebut, penyanyi itu dilihat menutup hidungnya seolah-olah berasa tidak selesa akibat terhidu bau yang kurang menyenangkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain