SELEPAS 10 tahun bergelar artis, penyanyi Kwon Eunbin nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya dalam dunia seni dan memulakan kehidupan baharu.Berkongsi alasan di sebalik keputusan tersebut, Eunbin, 26, memberi gambaran bahawa status sebagai seorang selebriti tidak memberi kegembiraan kepadanya. Justeru, dia mahu meneruskan kehidupan secara normal tanpa perlu memikirkan soal populariti dan jadual kerja yang padat.Eunbin mahu jalani hidup tanpa dibayangi populariti. “Kebanyakan masa, saya bukan didorong oleh semangat atau rasa cinta terhadap pekerjaan. Sebaliknya, saya dibelenggu perasaan kosong dan kebimbangan tentang situasi semasa serta masa depan.“Selama ini, saya menghabiskan masa dengan mengelakkan perasaan negatif tersebut tanpa berusaha untuk mengatasinya dan memperbaiki diri. Bertahun-tahun saya mensia-siakan masa yang berharga dengan hubungan-hubungan yang tidak membawa manfaat atau makna dalam hidup,” ujarnya.Bagaimanapun, dia turut meluahkan rasa syukur atas sokongan peminat sejak awal pembabitannya sebagai penyanyi bersama kumpulan CLC.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon jatuh terduduk, baru tahu mendiang bapa tinggalkan hutang RM3.5 juta ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup bangun awal pakai mekap, Kim So Hyun warisi petua ibu jaga penampilan depan suamiTambah Eunbin, bukan mudah untuk dia membuat keputusan tersebut, namun dia menganggapnya sebagai jalan terbaik buat dirinya.“Selepas berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk menjalani kehidupan seperti manusia normal,” jelasnya.Pada Mei lalu, Eunbin menamatkan kontraknya bersama Cube Entertainment dan meminta pihak berkenaan memadamkan semua profil peribadinya daripada platform digital.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!