suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat pengebom Amerika Syarikat terhempas ketika latihan, lapan disahkan maut

Imej itu didakwa menunjukkan lokasi nahas pesawat pengebom B-52 di Pangkalan Tentera Udara Edwards. -Facebook Air Force amn/nco/snco

LAPAN individu terbunuh selepas sebuah pesawat pengebom B-52 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) terhempas dan terbakar sejurus berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Edwards di Gurun Mojave, California Selatan pada Isnin.

Menurut pihak tentera, pesawat itu terhempas kira-kira pukul 11.20 pagi (waktu tempatan) ketika menjalani misi ujian rutin sebelum terbakar berhampiran landasan.

Rakaman udara menunjukkan pesawat berkenaan musnah hampir sepenuhnya dengan kepulan asap hitam tebal memenuhi kawasan kejadian.

Mangsa terdiri daripada anggota tentera dan kontraktor kerajaan, manakala syarikat Boeing mengesahkan dua kakitangannya turut berada dalam pesawat tersebut.

Rakaman udara menunjukkan pesawat berkenaan musnah hampir sepenuhnya. Foto KABC/AP

Rakaman udara menunjukkan pesawat berkenaan musnah hampir sepenuhnya. -Foto KABC/AP

Timbalan Komander Sayap Eksperimen ke-412, Kolonel James Hayes berkata, semua lapan individu di dalam pesawat disahkan maut selepas pemeriksaan terhadap rakaman nahas mendapati tiada peluang untuk mereka terselamat.

"Kami kehilangan lapan rakyat Amerika yang hebat," katanya sambil memaklumkan usaha memaklumkan kepada keluarga mangsa sedang dijalankan.

Punca nahas masih belum dikenal pasti dan siasatan dijangka mengambil masa sehingga enam bulan untuk diselesaikan.

James berkata, pesawat itu sedang menyokong program pemodenan radar melibatkan sistem radar baharu Active Electronically Scanned Array (AESA) yang diuji oleh Tentera Udara AS.

B-52 Stratofortress merupakan pesawat pengebom jarak jauh yang mula digunakan sejak 1955 dan direka untuk membawa senjata konvensional serta nuklear.

Pakar keselamatan penerbangan, Jeff Guzzetti pula berpendapat nahas yang berlaku sejurus selepas pesawat berlepas mungkin berpunca daripada kegagalan sistem kawalan penerbangan, masalah enjin atau kerosakan peralatan yang sedang diuji.

Bagaimanapun, Jeff menegaskan masih terlalu awal untuk menentukan punca sebenar kejadian. -Agensi

Artikel Lain