suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang durjana tikam dada pemandu e-hailing wanita... Sakau duit syiling RM12!

Serangan itu menyebabkan mangsa tidak lagi berminat untuk meneruskan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing.

MALANG tidak berbau buat pemandu e-hailing wanita apabila dia mengalami detik cemas cedera parah selepas ditikam oleh seorang penumpang lelaki, yang turut tergamak melarikan wang tunai miliknya.

Mangsa yang juga warga Thailand mengalami kecederaan parah akibat tikaman di dada selain beberapa batang giginya patah akibat serangan itu.

Menceritakan semula kronologi kejadian, mangsa berkata suspek pada awalnya menempah perjalanan dari kawasan Ban Ped ke sebuah premis penginapan yang terletak di belakang Universiti Khon Kaen.

Setibanya di destinasi, penumpang itu mendakwa tidak dapat membuat pembayaran kerana aplikasi perbankan mudah alihnya tidak berfungsi. 

Dia kemudian meminta dihantar semula ke lokasi asal dengan alasan mahu mendapatkan wang dan berjanji akan membayar tambang tambahan atas kesulitan yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing kongsi kisah tip RM20... Penumpang menangis sepanjang perjalanan, rupanya bapa tengah nazak

Bagaimanapun, suasana aman bertukar menjadi ganas apabila suspek didakwa tiba-tiba bertindak luar kawalan menikam dada mangsa sambil menuntut agar menyerahkan semua wang yang ada.

Mangsa berkata, suspek melarikan kira kira 90 baht (RM12) dalam bentuk syiling selepas melakukan serangan berkenaan.

Walaupun cedera, mangsa berjaya memandu sendiri ke Balai Polis Ban Ped. 

Menurut laporan Channel 8, polis kemudiannya berjaya menahan suspek, namun identitinya masih belum didedahkan kepada umum.

Mangsa memberitahu Channel 3 bahawa dia masih belum memfailkan tuntutan sivil, namun mahu mendapatkan pampasan atas kerugian yang ditanggung. 

Katanya, kos menggantikan setiap batang gigi yang rosak melebihi 50,000 baht (RM6,700) dan insiden itu menyebabkan dia tidak lagi berminat untuk meneruskan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing. -Agensi

Artikel Lain