Aktiviti berbasikal sambil bogel merupakan satu perbuatan yang tidak sesuai dengan norma masyakarat. -Gambar hiasan AI
RIBUAN individu berbasikal tanpa seutas benang sewaktu menyertai acara tahunan World Naked Bike Ride di London pada Ahad.Di sebalik desakan hebat pelbagai pihak supaya acara kontroversi itu diharamkan, para peserta tetap meneruskan kayuhan bogel tersebut. Mereka menyifatkannya sebagai satu bentuk protes aman yang sah di sisi undang-undang, selain membawa mesej serius.Acara itu sebenarnya bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kebergantungan terhadap minyak, penggunaan kereta yang berlebihan serta mempromosikan penerimaan dan keyakinan terhadap tubuh badan.Para peserta berkumpul di beberapa lokasi sebelum berhimpun di Jambatan Westminster, membentuk satu kumpulan besar penunggang basikal tanpa pakaian. Namun, ramai penduduk London tidak berpuas hati kerana acara itu mengganggu perjalanan mereka."Acara kayuhan basikal bogel di London ini sangat melampau. Sebahagian daripada mereka jelas menikmati keadaan berbogel di tempat awam. ARTIKEL BERKAITAN: Sauk sampai RM2,000 syarat padam gambar bogel AI! Pemuda tak habis sekolah ligat perangkap gadis pencari kerja"Kami tidak pernah bersetuju untuk melihat alat sulit lelaki dan wanita di jalan raya," tulis seorang pengguna media sosial X.Menurut seorang lagi pengguna media sosial, dia melihat kebanyakan peserta merupakan golongan lelaki pertengahan usia."Saya sedang berjalan di Strand apabila kira-kira 1,000 individu berbogel menunggang basikal. "Seorang lelaki berusia 60-an yang memakai mahkota turut berjalan di jalan raya sambil mendedahkan kemaluannya," tulisnya.Jurucakap World Naked Bike Ride berkata objektif acara itu bertujuan menggalakkan masyarakat mempunyai pandangan yang lebih sihat terhadap tubuh manusia, selain mengurangkan tekanan berkaitan imej badan dan pengaruh sosial.“Kita semua mempunyai tubuh badan, kita semua berbeza, dan itu tidak menjadi masalah,” katanya. -Agensi