suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sauk sampai RM2,000 syarat padam gambar bogel AI! Pemuda tak habis sekolah ligat perangkap gadis pencari kerja

Suspek dipercayai tercicir daripada persekolahan dan bekerja di sebuah syarikat kewangan swasta. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berusia 30 tahun ditahan polis selepas didakwa menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan gambar lucah palsu wanita sebelum memeras ugut mangsa bagi mendapatkan wang.

Kejadian jenayah siber tersebut dilaporkan berlaku di Delhi, India.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Sourav menyasarkan wanita muda menerusi media sosial dengan menyamar sebagai penyedia peluang pekerjaan.

Siasatan bermula selepas seorang wanita berusia 19 tahun dari Malkaganj membuat laporan kepada Unit Siber Polis Delhi Utara apabila menerima mesej WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang menghantar gambarnya yang diubah suai secara digital.

Mangsa kemudian diarahkan berkomunikasi menerusi Snapchat dengan individu yang menggunakan profil bernama 'Lakshay Garg' sebelum diminta membayar 30,000 rupee (RM1,500) sebagai syarat untuk memadamkan gambar tersebut.

Bimbang gambar berkenaan disebarkan, keluarga mangsa membuat pembayaran melalui kod QR. 

Namun, ugutan itu tidak berakhir apabila suspek sekali lagi menghubunginya pada Februari 2026 dan menuntut wang tambahan.

Selepas rundingan, mangsa dilaporkan menyerahkan lagi 10,000 rupee (RM500) melalui sebuah kafe siber. 

Suspek turut didakwa terus mendesak mangsa supaya memberikan maklumat hubungan wanita muda lain untuk dijadikan sasaran.

Menurut polis, suspek akan mendapatkan kepercayaan mangsa dengan meminta resume serta mengajak mereka menyertai sesi pengesahan video kononnya bagi tujuan pengambilan pekerja. 

Rakaman dan tangkap layar daripada sesi tersebut kemudian dimanipulasi menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan imej lucah sebelum digunakan sebagai bahan ugutan.

Hasil analisis bukti digital dan siasatan teknikal, polis berjaya mengesan lokasi suspek di kawasan Bhalaswa Dairy sebelum menahannya.

Siasatan mendapati Sourav merupakan individu yang tercicir daripada persekolahan dan bekerja di sebuah syarikat kewangan swasta. 

Dia juga pernah ditahan dalam dua kes serupa melibatkan pemerasan ugut, gangguan seksual dan menghendap yang didaftarkan pada 2022 dan 2023.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, kad SIM dan penghala WiFi yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah tersebut. -Agensi

Artikel Lain