suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketagih ‘game online’ punya pasal... Remaja 18 tahun tergamak tikam satu keluarga hingga ragut 2 nyawa!

Bapa mangsa antara mangsa maut akibat ditikam. -Foto India Today

GARA-GARA mengalami ketagihan melampau terhadap permainan video dalam talian, seorang remaja lelaki tergamak bertindak kejam apabila didakwa sanggup menikam ahli keluarganya sendiri sehingga meragut dua nyawa.

Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Koppal, Karnataka di India.

Berdasarkan laporan pada Isnin, suspek Sai Naidu, 18, dipercayai menyerang bapa, ibu dan kakaknya menggunakan sebilah pisau sebelum mencederakan diri sendiri.

Menurut kenyataan polis, mangsa pertama yang disahkan maut ialah kakak suspek, Pragati, 20, yang menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Sementara itu, bapanya, Yankanna Naidu, 48, disahkan meninggal dunia ketika sedang bertarung nyawa mendapatkan rawatan di Hospital Institut Sains Perubatan Ballari (BIMS).

Ibu suspek, Soujanya, yang turut menjadi mangsa serangan kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan masih menerima rawatan di hospital sama.

Tambah polis, suspek turut mengalami kecederaan serius selepas dipercayai menikam diri sendiri sejurus selepas insiden tragis berkenaan.

Polis daerah Koppal yang melawat hospital bagi menjalankan siasatan telah mula mengambil keterangan daripada suspek, manakala pihak berkuasa turut melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi tersebut.

Siasatan awal mendapati remaja berkenaan dipercayai mempunyai ketagihan terhadap permainan video dalam talian (online gaming).

Bagaimanapun, polis menegaskan siasatan masih diteruskan dan belum dapat mengesahkan sama ada ketagihan tersebut menjadi motif utama yang mendorong suspek bertindak ganas terhadap ahli keluarganya. -Agensi

Artikel Lain