suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paksa rebah ke lantai sebelum terkam! Pelatih polis tak mengaku rogol gadis, dakwa suka sama suka

Suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut. -Gambar hiasan

SEORANG anggota polis yang baru berkhidmat kurang daripada dua bulan ditahan pihak berkuasa selepas didakwa melakukan serangan seksual kejam terhadap seorang wanita yang dikenalinya.

Insiden mengejutkan tersebut dilaporkan berlaku di Shimane, Jepun.

Menurut laporan media tempatan, suspek berusia 22 tahun itu ditahan polis selepas dipercayai memaksa mangsa yang berusia lingkungan 20-an melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya di sebuah kediaman di Wilayah Shimane.

Kejadian dilaporkan berlaku antara pukul 10.30 malam hingga 11.20 malam pada 29 Mei lalu. 

Difahamkan, mangsa didakwa dipaksa rebah ke lantai sebelum serangan tersebut berlaku.

Insiden itu terbongkar pada keesokan harinya selepas seorang ahli keluarga mangsa membuat laporan polis, sekali gus membawa kepada siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

Hasil siasatan, polis menahan suspek yang dikenali sebagai Yuto Otsuki di Wilayah Okayama pada 6 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Menurut polis, suspek dan mangsa mempunyai hubungan sebagai kenalan namun tidak pernah menjalinkan hubungan romantik.

Pihak polis mengesahkan suspek dan mangsa statusnya sekadar kenalan, namun tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan romantik.

Bagaimanapun, Yuto menafikan sekeras-kerasnya dakwaan jenayah dikenakan terhadapnya dan mendakwa perbuatan intim itu sebenarnya berlaku secara sukarela dengan persetujuan kedua-dua pihak.

Siasatan turut mendapati dia baru menyertai pasukan polis pada April lalu dan sedang menjalani latihan sebagai anggota baharu di akademi polis. 

Pada hari kejadian, dia dilaporkan memohon cuti daripada akademi berkenaan, namun destinasi yang dinyatakan tidak merujuk kepada Wilayah Shimane.

Dalam pada itu, Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri Polis Wilayah Okayama melahirkan rasa kesal terhadap penahanan anggota terbabit dan menegaskan tindakan tegas akan diambil berdasarkan perkembangan siasatan yang sedang dijalankan. -Agensi

Artikel Lain