KES membabitkan dakwaan rogol terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun oleh bapa kandung memasuki fasa baharu selepas ibu mangsa akhirnya tampil membuat laporan polis pada Sabtu.Tindakan itu dibuat selepas kes berkenaan menjadi buah mulut ramai dan didakwa cuba diselesaikan menerusi jalan damai, selain keluarga mangsa dikatakan berdepan tekanan daripada pihak tertentu. Kejadian dilaporkan berlaku di Surade, Sukabumi, Jawa Barat di Indonesia.Ketua Siasatan Jenayah Polis Sukabumi, Iptu Dudi Suharyana menerusi Pegawai Perhubungan Awam, Iptu Ilham Sapta Permadi mengesahkan laporan polis telah diterima dan suspek sudah ditahan.Difahamkan, ibu mangsa hadir ke balai polis bersama anaknya dengan diiringi beberapa pemimpin masyarakat setempat termasuk ketua kampung, ketua dusun dan ketua rukun tetangga.Ketua Kampung Sirnasari, Miftahudin mengesahkan laporan polis berhubung kes berkenaan dan pihaknya turut mengiringi keluarga mangsa sepanjang proses tersebut.Sebelum ini, timbul dakwaan keluarga mangsa pada awalnya tidak meneruskan laporan polis kerana kekangan kewangan serta bimbang dengan ugutan yang diterima.Lebih menyedihkan, mangsa didakwa mengalami kecederaan akibat dirobek susulan kejadian tersebut, namun bahagian yang terlibat tidak dinyatakan.Mangsa dikatakan tidak menerima rawatan perubatan yang sewajarnya kerana kekangan akses kepada kemudahan kesihatan.Malah kecederaan dialami didakwa hanya dirawat menggunakan kunyit sebagai rawatan alternatif. -Agensi