suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leher dililit tali sebelum dibakar! Pemuda 24 tahun maut selepas hadir parti hari lahir

Mayat mangsa dibakar bagi menghapuskan bukti. -Foto NDTV

SEORANG lelaki berusia 24 tahun ditemukan maut dalam keadaan mengerikan, dipercayai dibunuh dengan kejam selepas menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir di daerah Ballari, Karnataka, India.

Mangsa dikenali sebagai Basanagouda dilaporkan keluar bersama beberapa rakannya pada 7 Jun lalu untuk menghadiri sambutan hari lahir berhampiran sebuah terusan di kawasan Moka.

Namun malangnya dia dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas sehari menghadiri majlis tersebut.

Bimbang dengan kehilangannya, ahli keluarga mangsa bertindak mencarinya sebelum membuat laporan polis.

Menurut polis, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dicekik menggunakan tali yang dililit pada leher sebelum suspek cuba membakar mayatnya bagi menghapuskan bukti jenayah.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan kes bunuh di Balai Polis Moka dan melancarkan operasi memburu individu yang terlibat.

Setakat ini, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan serta menahan suspek. -Agensi

Artikel Lain