suria

Pemandu e-hailing kongsi kisah tip RM20... Penumpang menangis sepanjang perjalanan, rupanya bapa tengah nazak

Tip sering diberikan pelanggan sebagai tanda penghargaan kepada pemandu e-hailing. -Gambar hiasan

SESIAPA sahaja pasti akan berasa cemas dan panik apabila menerima berita orang tersayang sedang bertarung nyawa di hospital.

Lebih meruntun perasaan apabila seseorang itu terpaksa berkejar dengan masa demi memastikan dia dapat berada di sisi insan yang dikasihi.

Begitulah pengalaman menyentuh hati yang dikongsikan seorang pemandu e-hailing selepas membawa seorang penumpang wanita dari De Palma Hotel Ampang ke Hospital Ampang, Selangor.

Lelaki itu memulakan cerita dengan memaklumkan dia menerima tip sebanyak RM20 bagi perjalanan kira-kira 6.1 kilometer (km).

Pemandu e-hailing mempunyai pelbagai pengalaman luar biasa bersama penumpang. -Gambar hiasan

Pemandu e-hailing mempunyai pelbagai pengalaman luar biasa bersama penumpang. -Gambar hiasan

"Alhamdulillah dapat tip hantar penumpang ke Hospital Ampang... tapi ini adalah tip paling sedih," luahnya sambil berkongsi sekeping foto menunjukkan wang RM20 dalam tangannya yang diberikan pelanggan terbabit.

Rupanya penumpang berkenaan sedang bergegas untuk sampai ke hospital dengan kadar segera bagi menemui bapanya yang sedang nazak.

Menerusi tangkap layar perbualan di ruang sembang aplikasi e-hailing, pelanggan berkenaan meminta pemandu agar bergerak dengan pantas.

"Encik, boleh cepat sikit? Abah saya tengah kritikal dekat Hospital Ampang.

  • Pemandu e-hailing kongsi pengalaman hantar wanita tergesa-gesa ke Hospital Ampang.
  • Penumpang menangis sepanjang perjalanan kerana ayahnya sedang nazak.
  • Wanita minta pemandu percepatkan perjalanan demi sempat bertemu ayah.
  • Pemandu terima tip RM20 yang disifatkan paling menyedihkan.
  • Pelanggan tampil ucap terima kasih, maklumkan bapanya telah selamat dikebumikan.

"Saya minta maaf banyak-banyak kalau saya menekan, minta tolong ya encik," demikian bunyi mesej wanita tersebut.

Difahamkan pada ketika pemandu e-hailing itu menerima tempahan wanita berkenaan, dia berada di LRT Ampang yang kedudukannya kira-kira 2.5 km untuk sampai ke De Palma Hotel Ampang.

Berkongsi cerita dengan mStar, pemandu e-hailing yang ingin dikenali sebagai Kun berkata, dia hanya mendengar suara tangisan pelanggannya sepanjang perjalanan ke hospital.

"Pelanggan tidak cerita arwah bapanya sakit apa dan kami pun tak bercakap sepanjang perjalanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing halau seorang penumpang, tak izin naik berempat... Takut kereta Alza rosak - “Walhal tempah untuk four seater”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hairan, air bergula tumpah di karpet kena ganti rugi RM500... Ini jawapan pemandu e-hailing

"Saya fokus pada pemanduan sebab tengah proses dalam otak tentang jalan-jalan pintas serta tengok peta laluan supaya tidak tersangkut dalam kesesakan.

"Tapi sepanjang perjalanan, pelanggan menangis teresak-esak," kongsinya ketika dihubungi mStar.

Ujar Kun, melihat wanita itu dalam keadaan sedih membuatkan dia berusaha untuk sampai ke destinasi dengan segera.

Reaksi warga maya di komen.

Reaksi warga maya di komen.

Namun malangnya, tiga minit sebelum tiba ke destinasi, kedengaran esakan pelanggannya lebih kuat.

Menjengah ke ruangan komen pada perkongsian di Thread, pelanggan dikenali sebagai Natasya tampil membuat kenyataan berhubung status bapanya.

"Saya Natasya Zainol, pelanggan yang encik tolong semasa saya dah buntu tak tahu nak buat apa.

"Terima kasih banyak-banyak tolong saya, Allah SWT saja yang mampu balas jasa encik.

"Alhamdulillah, abah kesayangan saya telah selamat dikebumikan dengan cukup sempurna, 5 Mac," demikian tulisnya.

Artikel Lain