TULAR di media sosial luahan rasa tidak puas hati pengguna berhubung tindakan seorang pemandu e-hailing yang didakwa mengambil kesempatan terhadap penumpang remaja.Menurut individu berkenaan, kejadian berlaku di Shah Alam, Selangor ketika remaja terbabit membuat tempahan untuk kapasiti empat tempat duduk ke destinasi yang tidak didedahkan. Namun malangnya selepas pemandu yang menerima tempahan tiba di lokasi, salah seorang daripada mereka tidak dibenarkan naik.Ramai yang gemar menggunakan perkhidmatan e-hailing. -Gambar hiasan AI"Janganlah menipu budak-budak remaja, mereka dah booking untuk empat seater tapi apabila sampai, pemandu bagi tiga orang sahaja naik."Walhal dia bawa Perodua Alza, katanya undang-undang baharu," luahnya di Thread.Menurutnya lagi, pemandu terbabit juga meluahkan kebimbangan sekiranya kenderaan yang dipandu akan mengalami kerosakan.ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing mengaku kerja ‘gomen’... Isteri dah 2 tahun tertipu, siap buat loan beli Honda fikir suami mampu bayarARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing menangis penumpang bagi tip 2 kali ganda tambang.... Luah rasa penat buat 2 kerja, gaji RM1,800 tak cukupMasalah berlarutan apabila tempahan berkenaan tidak dapat dibatalkan disebabkan pemandu tiba di destinasi.Susulan itu katanya, seorang lagi remaja tidak dapat meneruskan perjalanan bersama rakan yang lain."Seorang lagi kena halau, tak boleh nak batal sebab (pemandu) dah sampai. Kesian budak-budak ni," tambahnya yang geram dengan sikap tidak amanah pemandu terbabit.Pemandu e-hailing di Shah Alam didakwa tidak membenarkan empat penumpang naik walaupun sudah ditempah.Pemandu memberi alasan "undang-undang baharu" dan bimbang kereta Alza miliknya rosak.Salah seorang remaja terpaksa ditinggalkan dan tidak dapat meneruskan perjalanan bersama rakan.Pesanan tidak dapat dibatalkan kerana pemandu sudah tiba di lokasi jemputan.Netizen mengecam tindakan tidak amanah tersebut dan meminta mangsa membuat laporan rasmi kepada pihak e-hailing.Ringkasan ini dijana oleh AIPada masa sama, wanita ini turut meninggalkan pesanan ringkas kepada pemandu terbabit agar sentiasa mengingati balasan Tuhan."Menipu orang, ingat Allah melihat. Tipulah, nanti rosak sentiasa kereta awak tu," tambahnya lagi yang turut mendedahkan sebahagian nombor pendaftaran kenderaan tersebut.Hantaran tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya meminta pihak e-hailing untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengelakkan lebih ramai pengguna teraniaya.Ramai yang mengesyorkan supaya aduan dibuat kepada pihak e-hailing."Lapor je, saya pun pernah kena situasi sama dan pemandu tu buat aduan saya yang tak datang."Pemandu yang salah sebab empat tempat duduk tu memang untuk empat penumpang dan seorang pemandu."Kalau takut kereta rosak, jangan buat e-hailing," demikian reaksi netizen.