Pelbagai aspek perlu diteliti sebelum membeli rumah untuk mengelakkan penyesalan di kemudian hari. -Gambar hiasan
MEMILIKI rumah sememangnya menjadi impian setiap individu. Ia bukan sahaja sebagai tempat berteduh, tetapi juga simbol pencapaian kewangan dan kestabilan hidup. Begitu juga dengan seorang wanita ini, namun impiannya menghadapi cabaran apabila rumah yang dibeli masih belum siap walaupun sudah beberapa tahun berlalu. Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut berkongsi pengalamannya agar dapat dijadikan iktibar buat generasi muda yang berhasrat membeli kediaman. ARTIKEL BERKAITAN: Lepas 14 tahun beli, wanita baru sedar rupanya rumah adalah liabiliti... Terpaksa jual semula demi kelangsungan hidupARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya baru nak stabil, ibu paksa beli rumah sebab dah letih menyewa... 'Demand' jenis 'landed' - “Aku langsung tak bersedia”"Dulu, FOMO (fear of missing out) sangat apabila orang kata, belilah rumah dulu sementara masih muda. Senang nanti kemudian hari."Maka seronoklah diri ini hopping dari satu showroom ke another showroom projek-projek perumahan."Dan somehow, hati ini tertarik dengan projek rumah ni. Design Islamik, konsep Islamik. Siap gim pun ada gim lelaki dan perempuan berasingan. Surau komuniti pun cantik elok," tulisnya.Rumah merupakan aset yang memerlukan komitmen jangka panjang. -Gambar hiasanSelepas melalui semua prosedur dan pinjaman perumahan diluluskan, dia berjaya membeli sebuah rumah pada 2018.Bagaimanapun menurutnya, projek perumahan tersebut masih lagi belum disiapkan walaupun dijanjikan selesai pada 2022 oleh pemaju.Seorang wanita berkongsi pengalaman membeli rumah impian yang masih belum siap selepas bertahun-tahun.Dia membeli rumah pada 2018 kerana FOMO dan tertarik dengan konsep Islamik.Rumah dijanjikan siap 2022, namun sehingga kini masih belum diserahkan.Beban bayaran pinjaman semakin berat kerana faedah progresif yang meningkat.Dia menasihatkan golongan muda agar lebih teliti dan fikir komitmen jangka panjang sebelum beliRingkasan ini dijana oleh AI"Tapi dah tujuh tahun berlalu (sejak 2018). Nak membayar bulan-bulan tanpa nampak hasilnya mula jadi berat. Progressive interest bertambah dari bulan ke bulan."Katanya 2026 atau 2027 bakal dapat kunci, tapi hati ini serius dah tawar... entahlah. Apa boleh buat sekarang? Teruskan kawal apa yang boleh."Bayar loan termasuk yang tertunggak. Nanti dapat kunci, barulah fikir next step seterusnya," kongsinya lagi.Dalam masa yang sama, dia menitipkan nasihat kepada mereka yang berhasrat membeli rumah khususnya generasi muda, agar lebih teliti supaya tidak berdepan nasib yang sama."Buat adik-adik 20-an, 30-an yang dipaksa beli rumah waktu muda, fikirlah baik-baik. Pastikan pilih projek yang elok. Fikir long term komitmen."Kalau rasa nak jadi housewife, tak payah berangan beli rumah guna loan, apatah lagi rumah baru nak bina," tulisnya lagi.