'DITEKAN' orang sekeliling supaya membeli rumah pada usia muda bukan satu perkara baharu, seperti mana dilalui wanita ini yang bingung memikirkan kehendak keluarga tidak seiring kemampuan dirinya.
Di saat ramai anak muda cuba memperbaiki tahap kewangan masing-masing, wanita ini berdepan dilema besar apabila dipaksa membeli rumah sedangkan dia belum bersedia.
"Aku tertekan dengan hidup aku sekarang ni. Kalau diikutkan sebenarnya aku tak ready langsung nak beli rumah. Aku baru je nak start kerja dengan gaji yang lebih baik.
Pelbagai aspek perlu diteliti sebelum membeli rumah. -Gambar hiasan
"Aku niat nak tunggu setahun dulu kerja, kemudian selesaikan hutang-hutang yang ada dulu, lepas tu kumpul duit perlahan-lahan, barulah beli rumah.
"Tapi itulah, mak aku asyik menekan nak aku cari dan beli rumah cepat sebab kalau boleh dia dah tak nak duduk rumah sewa ni," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteri
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedih
Menurut wanita berkenaan, dia akhirnya terpaksa akur dengan kehendak ibunya dan mula melakukan carian kediaman sebagaimana yang diingini.
Namun apa yang lebih mengecewakan, ibunya benar-benar cerewet hingga membuatkan dia berasa putus asa.
Seorang wanita tertekan kerana dipaksa membeli rumah walaupun belum bersedia dari segi kewangan.
Dia sebenarnya mahu bekerja dan menyelesaikan hutang dahulu sebelum membeli rumah.
Ibunya mendesak beli rumah segera kerana enggan tinggal di rumah sewa.
Wanita itu kecewa kerana ibunya juga seorang yang cerewet.
Netizen bersimpati dan menasihatinya supaya tidak memaksa diri membeli rumah yang melebihi kemampuan.
"Mak aku suruh cari rumah lelong, bawah RM300,000 tapi nak landed. Mak aku kata, beli je yang lelong, rumah 'busuk' nanti bangunkan perlahan-lahan.
"Bila aku dah tunjuk rumahnya, dia complain itu ini. Bila dah jumpa rumah baharu, double storey, freehold harga bawah RM450,000, dia banyak complain ini itu juga.
"Bagi aku masalah yang paling utama sekarang ni, kalau nak cari rumah, kena ada modal sekurang-kurangnya RM50,000 untuk downpayment dan segala urusan yang perlu. Seakat RM10,000 je yang ada, mana boleh buat apa sangat. Aku macam give up gila dengan semua ni," luahnya lagi.

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan simpati terhadap wanita berkenaan kerana tersepit antara kehendak ibu dengan kemampuan serta cita-cita sendiri.
"Nasihat saya, tak payahlah beli sis. Sebab kena ukur baju di badan sendiri.
"Satu skill yang awak kena belajar adalah skill buat tak tahu dengan permintaan ibu bapa yang bukan-bukan dan melebihi kemampuan awak.
"Dah nampak awak bakal jadi retirement plan mak awak," demikian antara komen netizen.


