suria

Parkir awam, tapi 'bertuan'! Wanita terkedu 4 tayar kereta dipancitkan, pasangan Cina ada sebab terus bantu tanpa soal

Tayar hadapan dan belakang keretanya kempis setelah parkir di petak yang telah 'ditanda'.

ISU cop parkir dalam kawasan perumahan terus menjadi rungutan ramai penduduk apabila ada yang mendakwa tindakan itu bukan sahaja menyusahkan, malah boleh mengundang insiden tidak diingini.

Berdepan situasi sama, seorang wanita berkongsi pengalaman pahit apabila tayar di bahagian hadapan dan belakang keretanya 'dipancitkan' sedangkan dia parkir di ruang 'kosong'.

"Kawasan rumah saya ni banyak sangat orang cop parkir tau... terlalu banyak.

Jirannya membantu mengepam tayar kereta yang telah pancit.

Jiran membantu mengepam tayar kereta yang telah pancit.

"Semasa balik, parkir yang biasanya ada kon tiba-tiba kosong, jadi saya parkir di situ. Pagi esoknya, tengok-tengok tayar depan belakang dah leper," luahnya di Thread.

Situasi dialami itu membuatkan dia berasa panik kerana kenderaan tidak dapat digerakkan lantaran tiada angin pada kesemua tayar.

Walau bagaimanapun, dia menzahirkan rasa syukur apabila terdapat jiran berbangsa Cina yang menyedari masalah dialami, tampil menghulurkan bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk kuarters otai normalisasi cop parking, penghuni baru kena buli! Parkir awam buat 'harta', suka hati block kereta orang

ARTIKEL BERKAITAN: Cop parkir dah biasa, penduduk flat ‘jiwa banglo’ bina garaj siap letak padlock - “Macam reban ayam, elok tuan dia masuk sekali”

"Alhamdulillah ada jiran Chinese suami isteri datang bantu. Mereka tak tanya pun masalah apa.

"Tahu-tahu mereka datang bawa portable tyre inflator je," tambahnya.

Menurut wanita ini, pasangan berkenaan menyatakan mereka juga pernah menjadi mangsa 'kegiatan' yang sama sebelum ini.

  • Wanita parkir di ruang ‘kosong’, esoknya semua tayar kereta kempis.
  • Dakwa kawasan perumahan dipenuhi individu ‘cop parking’ hingga timbul insiden sabotaj.
  • Jiran pasangan Cina bantu dengan portable inflator tanpa banyak soal.
  • Mangsa kini kumpul bukti untuk buat aduan kepada pihak majlis.
  • Netizen kecam sikap ‘cop parking’, ada yang sarankan balas tindakan sama pada pelaku.

Tambahnya, dia sedang mengumpul bukti berkaitan kejadian bagi membolehkan aduan dibuat kepada pihak majlis.

"Kon dah kena campak, dia ganti dengan baldi... saya tengah kumpul gambar bukti untuk buat aduan kepada pihak majlis," jelasnya yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur.

Perkongsian wanita itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang menyelar tindakan sesetengah individu yang berlagak ‘menguasai’ parkir awam sehinggakan sanggup merosakkan harta benda orang lain.

Warga maya turut meluahkan rasa geram dan berkongsi pengalaman sama.

Warga maya turut meluahkan rasa geram dan berkongsi pengalaman sama.

Tidak kurang juga yang menyarankannya melakukan tindakan sama terhadap 'pelaku'.

"Saya akan sasarkan kenderaan yang sentiasa parkir di situ sebab dialah pelakunya, saya akan pancitkan tayar dia balik.

"Orang kata kalau parkir ada kon, ambil kon tu tapi jangan parkir di situ... biar orang lain bergaduh.

"Saya pernah kena, ini semua terjadi apabila duduk di rumah area apartment. Kereta saya calar dari depan sampai ke belakang," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain