suria

Wanita mualaf catu makan anak 2 tahun, beri mi segera lepas menangis sepanjang hari... Suami pula asyik tidur malas bekerja

Kedaifan hidup memberi kesan besar pada kanak-kanak. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila terpaksa memberi anak yang baru berusia dua tahun makan mi segera akibat kesempitan hidup.

Menerusi rintihan di laman Thread, ujar wanita ini, anaknya bukan sahaja mengamuk, malah berterusan menangis disebabkan kelaparan.

"Dari pagi aku tak dapat nak bagi makan sebab mi segera tinggal sepaket je, pukul 4 petang baru aku masak.

Isteri pasti tertekan apabila suami tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. -Gambar hiasan AI

Isteri pasti tertekan apabila suami tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. -Gambar hiasan AI

"Aku menangis depan anak aku sambil suapkan dia makan, aku tak kuat dah nak hidup," luahnya seolah-olah menyesali kehidupan yang dilalui.

Menurut wanita ini, kesempitan hidup yang dialami berpunca daripada sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.

"Mana suami? Dia ada je tengah tidur dan ya dia tidak bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami malas kerja, isteri asyik kena gadai emas 'cover' komitmen bulanan! Ramai suruh cerai sebelum ada anak dengan biawak hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas, pengotor cuma akan mandi jika bersama isteri! Gosok gigi seminggu sekali, tak cuci rambut

"Kerja sambilan di gudang yang gaji hari pun dia tak sanggup, sepatutnya dia kerja dan balik pukul 10 pagi sebab syif 12 jam bermula 10 malam.

"Tapi dia lari balik pukul 6 pagi sebab dia tak larat nak teruskan," katanya lagi.

Lebih menambah rasa terkilan apabila suaminya tanpa rasa malu dan bersalah meminta dia mendapatkan bayaran untuk tempoh pekerjaan yang singkat.

  • Ibu sedih terpaksa beri anak 2 tahun makan mi segera kerana tiada makanan lain.
  • Dakwa suami tak bertanggungjawab, tidur sepanjang hari dan lari dari kerja sambilan.
  • Suami marah dan campak telefon selepas permintaannya ditolak.
  • Bil utiliti tertunggak dan mereka perlu keluar dari rumah keluarga hujung bulan.
  • Netizen simpati, sarankan ibu itu mohon bantuan pihak berautoriti dan zakat untuk mualaf.

Malah bebanan terus dirasai apabila dia perlu keluar dari rumah keluarga pada hujung bulan ini.

"Aku menolak permintaan dia dan dia marah sampai sanggup campak telefon sebagai tanda protes.

"Bil api dan air sepatutnya bayar sebelum 10 hari bulan tapi nampak gayanya macam tak dapat nak bayar je.

Warga maya berkongsi cara untuk mendapatkan bantuan.

Warga maya berkongsi cara untuk mendapatkan bantuan.

"Hujung bulan ni kitaorang kena keluar dari rumah keluarga aku dan cari tempat tinggal lain tapi duit deposit pun tak ada untuk menyewa," tambahnya yang merupakan seorang mualaf.

Luahannya itu mengundang simpati ramai netizen yang rata-ratanya meminta dia mencari pihak berautoriti atau keluarga terdekat untuk mendapatkan bantuan.

"Bercerailah sis kalau dapat suami macam tu, lagipun anak baru satu... kita boleh cari kerja lagi.

"Awak kena keluar kerja, itulah jalannya atau pergi minta kerja di kedai makan yang biasanya bagi gaji hari.

"Pergi pejabat agama yang terdekat, awak mualaf memang layak dapat zakat," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain