DEMI cinta, seseorang boleh hilang pertimbangan malah sanggup berkorban apa sahaja walaupun sedar tindakan itu boleh membinasakan diri mereka sendiri.Seperti kisah seorang wanita ini, kerana mabuk cinta dia sanggup membuat pinjaman peribadi menggunakan namanya sebanyak RM30,000 untuk bekas teman lelakinya. Berkongsi kisah itu di Threads, wanita itu memberitahu dia termakan pujuk rayu lelaki berkenaan setelah dia berjanji akan membayarnya kembali."Aku pernah buat loan RM30,000 untuk bekas teman lelaki aku. Dia janji akan bayar balik lepas aku buat loan tu.Lelaki yang baik tidak akan sesekali meminta wang daripada pasangan mereka. -Gambar hiasan AI"Dia guna duit tu untuk bayar hutang lama. Sekarang dia dah nikah dengan perempuan lain dan tak mahu bayar hutang semua tu."Sekarang aku yang terpaksa tanggung semua. Apa perlu aku buat? Setiap bulan aku kena bayar RM636 kepada bank," kongsinya.Perkongsian wanita itu menerima pelbagai komen daripada netizen. Seorang wanita sanggup buat pinjaman bank untuk bantu teman lelakinya.Wanita itu kecewa ditinggalkan lelaki itu selepas berkorban untuknya.Dia kini terpaksa menanggung hutang lelaki berkenaan.Lebih menyedihkan, lelaki itu juga sudah menemui pengganti.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya tak faham kenapa segelintir perempuan mudah dimanipulasi lelaki dalam bab duit."Alahai, belum kahwin pun dah sayang sangat sampai dipergunakan," tulis netizen.Pelayar Threads turut berkongsi saranan kepada wanita itu agar dia menuntut semula haknya melalui saluran undang-undang.ARTIKEL BERKAITAN: Mahu besarkan rumah, anak dipaksa buat 'loan'! Gadis letih jadi pembayar hutang ibu - "Baru cakap tak nak, dah masam muka"ARTIKEL BERKAITAN: Biras minta tolong buat ‘loan’ kereta, nak bergaya naik Myvi... Gebang ada RM40,000 dalam akaun tapi enggan guna"Kalau ada hitam putih, jadikan sebagai bukti sokongan walaupun chat WhatsApp je. Nanti buat tuntutan di mahkamah."Buat tuntutan sivil di mahkamah. Tak perlu peguam pun, hanya perlu isi borang yang disediakan mahkamah."Ada maklumat nama, kad pengenalan dan alamat semua boleh la hantar notis tuntutan dulu. Kalau masih degil, teruskan dengan saman," tulis netizen.