Masalah bau sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira cara pemakaian mereka. -Gambar hiasan AI
BAGI umat Islam, menjaga kebersihan merupakan antara tuntutan agama yang perlu diberi perhatian dalam menjalani kehidupan seharian.Di Thread, seorang wanita mendakwa pernah berdepan beberapa individu yang bertudung labuh tetapi kurang menjaga kebersihan diri sehingga menyebabkan gangguan bau. "Saya bukan nak sebarkan kebencian tapi kalau dah bertudung labuh, pakai stokin, handsock dan sebagainya, tolonglah guna pewangi lebih sikit.Cuaca yang panas boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Gambar hiasan AI"Tolong sidai pakaian tu bagi kena matahari atau guna dryer. Maaf cakap, ramai antara anda yang berbau hapak dan kadang-kadang ketiak busuk."Nak kerja sekali pun tak mampu nak pandang. Duduk sebelah pun berbau," tulis wanita itu.Dalam hantaran sama, dia turut menasihati golongan itu agar menyesuaikan diri mereka dengan keadaan iklim serta cuaca di Malaysia.Wanita dakwa ramai individu bertudung labuh alami masalah bau.Dia menasihati golongan itu agar menyesuaikan diri dengan iklim Malaysia.Dia mendakwa masalah tersebut menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi di tempat kerja.Netizen kata ada juga individu yang mendedahkan aurat turut mengalami masalah bau kepam.Ringkasan ini dijana oleh AI"Faham je mereka tak nak tarik perhatian dan tabarruj (berhias berlebihan). Tapi, negara kita ni tropika. Masuk waktu tengah hari, kita pula rasa bersalah. Nak bercakap dengan dia pun kena tarik nafas," tulisnya lagi.Di ruangan komen, ramai netizen berkongsi pandangan masing-masing berhubung kenyataan wanita itu."Sepatutnya baju, stokin semua tu kena pakai harian je. Tak boleh ulang pakai esoknya. Kena ingat, kebersihan sebahagian daripada iman.ARTIKEL BERKAITAN: Kawan baik sembunyi perangai ‘penyondol’ di sebalik tudung labuh, suka ‘try’ suami orang! - “Selama ni saya tertipu”ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terkilan, lepas disuruh pakai baju dan tudung labuh suami galak tengok awek seksi... Nafkah anak bini 'ke laut'"Saya pun sensitif bab bau ni. Tapi mereka pula sensitif apabila ditegur. Nanti mereka balas dengan hadis."Kena ingat, ini semua ujian untuk kita. Allah nak tengok macam mana kita hadapi situasi ni," tulis netizen.Menurut netizen lagi, masalah bau bukan hanya dialami oleh individu yang bertutup litup, malah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja."Yang seksi pun ada busuk dan wangi. Yang bertutup pun ada busuk dan wangi. Salah kalau kita pukul rata semua," tulis seorang lagi individu.