Menjalankan hubungan sulit dengan wanita lain bukan jalan penyelesaian dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI
SELEPAS lapan tahun melayari bahtera perkahwinan bersama isteri, seorang lelaki nekad berpoligami demi mendapatkan zuriat sebagai penyambung keturunannya.Kongsi lelaki itu, keputusan itu bukan sahaja disebabkan ketiadaan cahaya mata tetapi sudah tawar hati terhadap isterinya dan menganggap wanita itu mandul. Bagaimanapun keputusan itu bertukar penyesalan yang tiada kesudahan apabila dia mendapat tahu isterinya sedang berbadan dua."Aku ada teman wanita dan memang niat nak kahwin nombor dua. Dalam kepala, aku dah 'cop' (anggap) isteri aku mandul sebab itu aku cari lain, aku nak anak.Komunikasi antara suami isteri penting untuk mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI"Tapi baru-baru ini, dunia aku berpusing 180 darjah. Aku dapat tahu isteri sebenarnya tengah mengandung 10 minggu! Aku balik rumah dengan niat nak berbincang."Kononnya nak pujuk dia terima madu sebab aku impikan zuriat tapi respon teman wanita aku pula buat aku sangsi, dia kata itu mungkin bukan anak aku," cerita lelaki itu.Bercerita lanjut, isterinya tenang ketika memaklumkan mengenai keputusannya untuk bercerai malah tiada sebarang pergaduhan berlaku di antara mereka.Lelaki itu bagaimanapun terkejut apabila mendapati isterinya sudah mengemas semua barang-barang miliknya dan meletakkannya di ruang tengah rumah.ARTIKEL BERKAITAN: Gagal 2 perkahwinan, wanita sayu suami pertama ajak rujuk walau tahu dirinya mandul - “Dia cinta saya sampai mati”ARTIKEL BERKAITAN: Tak ingin isteri mandul! Wanita ditinggalkan selepas 3 kali gugur kandungan, BF fikir masa depan... Nak kahwin perempuan boleh hamil"Sekarang, dia desak minta kunci rumah sebab dia nak berpisah terus lepas puasa ni," ujarnya.Dalam perkongsian sama, dia mengakui kesilapannya kerana menjalinkan hubungan dengan wanita lain dengan menjadikan soal zuriat sebagai alasan.Jelas lelaki itu, keluarganya juga merestui rancangan dia untuk berpoligami namun tidak menyangka isterinya pula mahu meninggalkannya."Tapi sekarang bila isteri aku dah mengandung dia pula yang 'buang' aku. Aku rasa terduduk. Aku rasa macam kena halau, kena reject mentah-mentah."Aku tak nak cerai. Aku nak hidup kami balik macam dulu. Aku sedih sangat bila fikir anak yang aku tunggu lapan tahun ni bakal lahir tanpa aku di sisi," katanya lagi.Suami rancang kahwin dua, ingat isteri mandul.Terkejut apabila isteri sebenarnya hamil 10 minggu.Isteri kemas barang dan minta untuk dilepaskan melalui penceraian.Suami sudah ada teman wanita dan akui sudah terlanjur.Kini menyesal takut anak lahir tanpa dirinya.Ringkasan ini dijana oleh AIDi akhir perkongsian, lelaki itu turut mempersoalkan sama ada tindakan isterinya yang mahu bercerai boleh dianggap sebagai nusyuz.Hantaran lelaki itu bagaimanapun menerima pelbagai bentuk kecaman daripada warga maya yang tidak bersetuju dengan perbuatannya."Aku doakan bini kau yang kau tak hargai ni jumpa lelaki baik yang tahu menghargai seorang isteri."Tolong la jangan sakitkan dia lagi, cukuplah dia dah menderita. Kau lepaskan je la dia cara baik. Beri peluang untuk dia sebab isteri berhak bahagia," komen beberapa netizen.