suria

Wanita panik dapat tahu ramai ahli keluarga suami berpenyakit, sebelum kahwin tak pernah cerita - “Saya takut anak sakit”

Setiap ibu pastinya mahu anak mereka lahir dalam keadaan sihat dan sempurna. -Gambar hiasan AI

MENCARI pasangan hidup bukan perkara mudah kerana setiap individu pasti menginginkan calon terbaik untuk membina rumah tangga yang bahagia hingga ke akhir hayat.

Di Thread, seorang wanita meluahkan kebimbangan kerana baru sahaja mengetahui latar belakang penyakit yang dihidapi oleh ahli keluarga suaminya.

Menurut wanita itu, dia seolah-olah tertipu kerana tidak pernah diberitahu tentang masalah berkenaan sebelum mendirikan rumah tangga dengan suaminya.

Sikap tidak jujur boleh menimbulkan konflik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Rasa macam kena scam dengan keluarga mentua. Keluarga mereka ramai background berpenyakit. Ada yang kena kanser, autisme dan beberapa penyakit keturunan.

"Keluarga saya pula sihat Alhamdulillah. Sebelum kahwin dia tak dedah semua benda tu. Dah nikah, jumpa keluarga besar dia, barulah saya nampak.

"Saya takut, tak mahu anak saya kena penyakit-penyakit tu. Hanya Allah yang tahu betapa takutnya saya sekarang. Saya kesal suami tak jujur tentang keluarganya. Selfish," tulis wanita itu.

  • Wanita rasa tertipu sebab suami tak jujur sebelum mereka berkahwin.
  • Wanita itu kecewa kerana baru tahu keluarga mentuanya ada penyakit keturunan.
  • Dia bimbang anaknya akan dilahirkan autsime atau terkena penyakit kanser.
  • Ramai netizen minta wanita itu agar tidak bersangka buruk dengan keluarga suaminya.

Di ruangan komen, seorang lagi wanita berkata dia juga mempunyai kisah yang sama seperti pengadu.

"Suami saya mula-mula tak mengaku keluarga dia keturunan semput. Keluarga belah saya tiada apa-apa penyakit. 

"Sekarang, tiga anak saya kena asma. Lepas korek-korek, baru dia mengaku. Geram juga sebenarnya," tulis wanita itu pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu tarikh, wanita merentan keluarga mentua tak pernah ucap ‘birthday’ - “Saya balas balik apa mereka buat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak menggeletis!” - Wanita tak gemar kaum Hawa sakan keluar berbuka dengan keluarga BF, cemar kesucian Ramadan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menolak pandangan wanita itu yang seolah-olah tidak percaya dengan ketentuan Allah.

"Ini kisah abang saya dan isterinya. Dua belah keluarga tiada sejarah autisme. Tapi mereka dapat dua orang anak autisme. Jadi ada kena mengena ke?

"Semua keluarga saya sihat. Sekarang umur 36, tiba-tiba ada ahli keluarga kena kanser. Kita tak boleh ramal kesihatan dan kehidupan," tulis netizen.

Artikel Lain