suria

“Nampak menggeletis!” - Wanita tak gemar kaum Hawa sakan keluar berbuka dengan keluarga BF, cemar kesucian Ramadan

Wanita perlu pandai membawa diri ketika berkunjung ke rumah bakal keluarga mentua. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita tular di Threads selepas berkongsi nasihat kepada kaum Hawa agar menjaga kehormatan diri sepanjang bulan puasa. 

Menurut individu itu, ada segelintir wanita tanpa segan silu keluar berbuka puasa bersama lelaki, sekali gus mencemarkan kesucian Ramadan. 

"Boleh tak jangan biasakan keluar berbuka dengan teman lelaki atau keluarga mereka. Ini sangat tak normal. 

Pasangan kekasih perlu menjaga batas pergaulan agar tidak mencemari kesucian bulan Ramadan. -Gambar hiasan AI

"Nampak tak cantik untuk kita perempuan Melayu. Nampak menggeletis keluar dengan keluarga lelaki tanpa ikatan sah. 

"Ada yang kata mereka pergi sebab mak si lelaki ajak. Aku tak kisah la mak dia ajak pun. Kau boleh je tolak dengan baik," tulisnya.

Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan itu dan menasihati kaum Hawa agar sentiasa menjaga batas pergaulan mereka.

  • Seorang wanita menasihati kaum Hawa agar menjaga maruah dan batas pergaulan.
  • Dia kurang senang lihat kaum sendiri keluar berbuka puasa dengan kekasih hati.
  • Dia juga menegur tindakan wanita yang berbuka puasa dengan keluarga kekasih.
  • Ada netizen yang tak setuju dan anggap perkara itu bukan satu isu.

"Aku sokong. Jadilah wanita yang mahal. Dia bawa kau jumpa keluarga tu belum tentu dia serius nak ajak kau kahwin.

"Ramai tak boleh terima nasihat ni. Terima kasih sampaikan benda betul. Akhir zaman memang banyak perkara haram menjadi kebiasaan.

"Betul apa yang dia kata. Walaupun perbuatan tu nampak biasa, tapi tak elok kalau orang tengok," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perut aku dah berbunyi pedih” - Wanita hamil sedih disindir rakan sekerja, belum sampai tengah hari sudah buka puasa!

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat berbuka puasa percuma terbantut, semuanya gara-gara mulut lancang isteri AJK surau... Siap kena pulau!

Namun, ada juga beberapa netizen yang cuba menegakkan pendirian mereka dan tidak bersetuju dengan nasihat itu.

"Saya rasa tiada masalah kalau diajak oleh keluarga dia. Inilah masa untuk berkenalan dan tahu hati budi bakal keluarga mentua.

"Memang dapat dosa kalau keluar berdua. Tapi kalau keluar dengan keluarga dia, boleh rapatkan silaturrahim," tulis netizen lagi.

Artikel Lain