KALAU hendak menjaga suami, jagalah perutnya dahulu.Itu ungkapan biasa kita dengar terutamanya daripada golongan orang-orang lama kalau ditanya mengenai petua mengambil hati suami. Memegang kepada kata-kata itu, seorang wanita tanpa gagal menyediakan hidangan buat suami tersayang sepanjang bulan Ramadan.Namun malangnya, usaha itu tidak membuahkan hasil positif malah setiap hidangan ketika bersahur dan berbuka puasa tidak menepati tekak suaminya.Nasi goreng yang dimasaknya dikatakan lembik dan tidak dihabiskan suami."Sedihlah, masak asam pedas tak habis. Masak nasi goreng, dia (suami) kata tak boleh habiskan sebab nasi lembik."Aku ni masak bulan puasa, masak waktu sahur nak bagi dia makan tapi tak pernah kena dekat tekak dia," luahnya di Threads.Bercerita lanjut, suaminya juga melarangnya memasak juadah yang perlu ditumis sebaliknya memfokuskan kepada menu goreng sahaja."Lepas masak asam pedas, dia kata tak payah masak tumis-tumis dah dan hanya masak yang goreng-goreng sahaja.Isteri sedih masakan berbuka dan sahur sering tak kena selera suami.Asam pedas tak habis, nasi goreng pula dikata lembik.Suami minta masak lauk goreng sahaja, elak tumis-tumis.Isteri akui tak pandai masak walau lima tahun berkahwin.Netizen kongsi nasihat serta petua masak untuk tambat hati suami.Ringkasan ini dijana oleh AI"Faham sendirilah maksudnya apa," luahnya sambil mengakui rasa sedih dengan sikap suami seolah-olah tidak menghargai usaha dilakukan.Pada masa sama dia mengakui tidak pandai memasak walaupun sudah lima tahun mendirikan rumah tangga.Malah katanya, sepanjang tempoh perkahwinan, lelaki itu hanya pernah sekali memuji hidangan dimasaknya.Di ruangan komen, ramai warga maya menitipkan kata-kata nasihat selain berkongsi tip memasak kepadanya.ARTIKEL BERKAITAN: Setahun digantung tak bertali, wanita menggigil tengok video suami masak kari kambing... Rupanya dah ada isteri baru, kawan sendiri pula tu!ARTIKEL BERKAITAN: Suami buang bekal makanan, stres isteri masak tak sedap... Paling ‘turn off’ buka bekas nampak nuget dan sosej!Tidak kurang juga yang berkongsi petua menambat hati suami menggunakan ayat suci al-Quran ketika memasak. "Masa masak nasi, baca al-Fatihah... pada ayat iyakanakbudu tu, kau cucuk jari dalam beras sambil niat supaya suami suka apa pun masakan kau dan asbab masakan tu jadi penguat kasih sayang."Kemudian semasa masak terutama ketika masukkan segala perasa dan garam, niat dalam hati semoga Allah bagi sedap di tekak orang yang makan."Ni petua orang dulu-dulu, saya amalkan dan Alhamdulillah memang menjadi," kongsinya.