SEORANG wanita meluahkan rasa sedih apabila suaminya yang menghilangkan diri sejak Julai tahun lalu tiba-tiba muncul di media sosial.Menurutnya, dia terlihat kelibat lelaki berkenaan menerusi sebuah video yang memaparkan suaminya sedang menghasilkan kandungan memasak kari kambing. Lebih menyakitkan hati, dalam video sama turut memaparkan suaminya bersama seorang wanita yang cukup dikenalinya."Dia buat content masak kari kambing dengan bini baru dia iaitu kawan aku sendiri!Poligami menuntut suami bersikap adil terhadap para isteri. -Gambar hiasan "Dah la sekat aku dan hilang macam tu je. Kesian anak-anak aku," kongsi wanita tersebut.Wanita itu berkata, dalam tempoh digantung tidak bertali, dia terpaksa turun naik mahkamah bagi menuntut penceraian daripada suaminya. "Aku kena turun naik mahkamah sebab nak tuntut cerai pada orang yang dah gantung aku tak bertali. "Aku reda je jodoh kau dengan dia, tapi aku pun nak hidup bahagia juga," katanya.Tambahnya, keadaan menjadi lebih perit apabila anak-anak didakwa kurang diberi perhatian sehingga terpaksa mengikutnya ke tempat kerja.ARTIKEL BERKAITAN: Rasa cinta dah hilang, tapi wanita berat hati nak cerai sebab suami ugut sebar video intimARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta dia picit dari bawah” - Ubat gigi jadi punca pasangan nak bercerai... Suami mengadu kepada hakim penat layan isteri degil“Anak-anak di rumah makan atau tidak, ada duit atau tidak? Sampai anak pun kena ikut pergi kerja.“Bila saya bersuara, dikatakan buka aib. Kalau memang tak peduli, kenapa tak ceraikan saja? Jawablah dengan Allah nanti apa sudah dibuat pada saya dan anak-anak,” ujarnya.Menerusi perkongsian berbeza, dia memaklumkan mengenali wanita berkenaan sejak zaman persekolahan."Bekas suami dia kawan baik suami saya. Tahun 2020 dia bercerai dengan suaminya dan 2021 kantoi suami saya kahwin dengan dia."Saya viralkan dia dekat Facebook dan suami terus ceraikan dia sebab pilih saya dan anak-anak," katanya.Wanita dakwa suami hilang sejak Julai muncul semula dengan isteri baharu di media sosial.Dia digantung tidak bertali dan kini tuntut cerai di mahkamah.Anak-anak didakwa terabai hingga terpaksa ikutnya bekerja.Suami pernah kahwin wanita sama pada 2021, kembali bersama pada 2024.Netizen simpati dan doakan urusannya dipermudahkan.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun, suaminya berkahwin semula dengan wanita itu pada 2024 dan dia dipersalahkan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan itu sebelum ini.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menitipkan doa agar urusan penceraiannya dipermudahkan dan pada masa sama segera dapat melupakan suaminya.Malah, ada juga menyarankan wanita itu cuba mengubati suaminya yang didakwa mungkin terkena sihir pemisah."Gantung tak bertali, kemudian kahwin dengan kawan kau sendiri. Normal orang dah tak suka ceraikan jer, ini hilang cuba periksa mungkin kena 'buatan'," komen netizen.