suria

“Saya minta dia picit dari bawah” - Ubat gigi jadi punca pasangan nak bercerai... Suami mengadu kepada hakim penat layan isteri degil

Ubat gigi menjadi punca pasangan bergaduh hingga ke mahkamah. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berkongsi pengalaman menyaksikan sendiri prosiding perceraian di mahkamah yang didakwanya aneh.

Katanya, punca cerai yang dikemukakan pasangan tersebut ternyata bukan seperti biasa, sebaliknya melibatkan perkara remeh.

Lelaki itu memaklumkan si suami mendakwa isterinya seorang yang tidak mendengar kata dan degil, walaupun sudah ditegur berkali-kali.

Perkara remh boleh menjadi punca pasangan suami isteri bergaduh. -Gambar hiasan AIPerkara remeh boleh menjadi punca pasangan suami isteri bergaduh. -Gambar hiasan AI

"Ni kisah benar, aku pergi mahkamah syariah bukan untuk bercerai tapi sebab pensyarah suruh pergi.

"Hakim tanya sebab apa nak cerai? Suami jawab... isteri saya tak mendengar kata.

"Dia degil saya ulang dan larang banyak kali tetap masih buat benda sama," kongsi lelaki tersebut tanpa mendedahkan maklumat terperinci tentang prosiding berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan mohon cerai lepas 3 hari kahwini jurutera, suami gagal pada 'malam pertama'

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hilang arah lepas dapat tahu rupanya suami perokok, rasa ditipu! Ringan mulut nak minta cerai

Tambahnya, hakim kemudian meminta si suami memberikan contoh kedegilan isterinya.

"Si suami kemudian berkata... saya dah pesan tiub ubat gigi jangan picit dari tengah nanti isi akan turun ke bawah, saya minta dia picit dari bawah supaya isi naik atas.

"Tapi dia tetap picit ikut suka dia, ubat gigi saya yang beli yang arif," cerita pemuda itu lagi.

  • Lelaki kongsi pengalaman prosiding cerai sebab hal remeh.
  • Suami dakwa isteri degil dan tidak dengar kata.
  • Perselisihan berlaku gara-gara cara memicit ubat gigi.
  • Hakim nasihat lucu: beli ubat gigi seorang satu, jangan kongsi.
  • Netizen ingatkan perkara kecil pun boleh cetus pertengkaran rumah tangga.

Hakim yang mendengar penjelasan itu kemudian memberi nasihat dan mengarahkan pasangan terbabit untuk balik.

"Hakim kata... pergi balik! Beli ubat gigi seorang satu dan jangan kongsi," katanya.

Sementara itu netizen berkata walaupun kes berkenaan kelihatan lucu tetapi hakikatnya pertengkaran rumah tangga boleh berpunca daripada perkara-perkara kecil yang remeh.

"Nampak hal macam remeh je pun, tapi situasi sebenar mesti tegang. Sebab tu bawa sampai nak bercerai-berai.

"Masa kursus kahwin ustaz ada cakap cerai boleh berpunca daripada bermacam-macam hal pelik yang remeh. Tak tutup penutup tandas lepas guna pun boleh bawa ke mahkamah," komen netizen.

Artikel Lain