SEORANG wanita berasa serba salah untuk meletakkan notis 'larangan mencium bayi' sempena majlis menyambut kelahiran anak perempuannya.
Ibu muda berkenaan mengakui dia berada dalam dilema untuk meletakkan papan larangan tersebut memandangkan jemputan majlis tersebut melibatkan hingga 400 tetamu.
Katanya, tetamu kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarga dan penduduk kampung.
Bayi akan mudah meragam bila mereka tidak sihat. -Gambar hiasan AI
"Sebenarnya serba salah sangat. Patut ke nak letak papan tanda larangan macam ni? Jemputan famili 400 orang.
"Saya sayang anak, tapi mak pula takut nanti orang bercakap-cakp. Tahu jela satu kampung jemputan ni," luahnya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bidas mak ayah bawa bayi ke acara 'padat manusia', panas! Ada juga rimas dengan stroller - "Tak faham apa mereka fikir"
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi meninggal masa bersalin, ibu masih berduka disuruh segera masuk kerja - "Bukan kena berjaga malam pun, tak perlu menyusu"
Menurut wanita itu, bayinya baru berusia tiga bulan baru sahaja pulih daripada demam beberapa hari sebelum majlis berlangsung.
"Kita ni bukan la nak marah pun kalau orang nak tengok baby. Tapi orang yang tua-tua ni lain macam sikit.
"Digomol-gomol pula budak kecil ni. Anak kita pula comel," katanya.
- Ibu muda serba salah mahu letak papan tanda larangan cium bayi pada majlis dihadiri 400 tetamu.
- Bayinya berusia tiga bulan baru pulih daripada demam, membuatkan dia lebih berhati-hati.
- Larangan dibuat kerana bimbang bayi digomol dan dicium tetamu.
- Wanita itu tetap nekad letak papan tanda walau sedar mungkin disalah anggap.
- Perkongsian tersebut menerima reaksi bercampur daripada netizen.
Wanita itu akhirnya mengambil keputusan untuk tetap meletakkan papan tanda berkenaan meskipun sedar mungkin ada yang menganggapnya sombong atau berlebihan.
“Saya buat keputusan letak juga, lantaklah orang nak cakap apa. Serik dengar baby menangis seharian masa demam hari tu,” katanya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan ada yang menyokong tindakannya dan tak kurang je menegur perbuatan tersebut.
"Kalau takut orang cium tak perlu buat majlis seramai 400 orang. Virus merebak bukan melalui sentuhan sahaja, daripada bawaan udara pun boleh jadi.
"Tak perlu buat majlis lagi baik, anak pun tak terdedah pada penyakit. Tetamu tak kira tua muda pun tak tersinggung," komen netizen.


