KESEDARAN tentang kos perubatan yang semakin tinggi mendorong ramai golongan muda untuk mempertimbangkan skim perlindungan seperti insurans atau takaful.
Namun menurut seorang wanita di Thread, ramai rakan sekerjanya yang berusia menghentikan caruman mereka apabila kos bayaran bulanan semakin meningkat.
"Apabila dah bertambah usia ni, baru faham kenapa kebanyakan senior di tempat kerja terminate medical card. Mereka mencarum, tapi akhirnya terminate.

Ramai individu memilih untuk menerima rawatan di hospital swasta kerana mahukan perkhidmatan yang lebih cepat. -Gambar hiasan AI
"Mula-mula dulu bayar RM120. Lepas hampir 10 tahun, naik jadi RM200 lebih. Menjelang umur 40, dah jadi RM300 untuk bayar medical card setiap bulan.
"Itu belum termasuk hibah, belum termasuk untuk anak isteri lagi. Maaf, bukan nak menghasut orang, ini sekadar perkongsian," tulis wanita itu.
Tambahnya, dia juga mempertimbangkan untuk menghentikan skim insuran perubatan memandangkan kosnya yang semakin bertambah sejak dia memulakan caruman 10 tahun lalu.
- Wanita dakwa ramai rakan sekerja senior menghentikan caruman kad perubatan mereka.
- Dia berkata kos caruman semakin meningkat seiring peningkatan usia pencarum.
- Dia juga terfikir untuk menghentikan caruman kerana tidak pernah menggunakannya sehingga ke hari ini.
- Ramai netizen minta dia bersyukur kerana tidak pernah sakit sehingga perlu membayar kos rawatan tinggi.
"Lagi pun, servis hospital kita (fasiliti kerajaan) bukanlah teruk sangat. Tiba-tiba terfikir sebab harga medical card aku pun dah almost double daripada awal carum 10 tahun lepas.
"Jadi, jangan mudah judge senior yang tak ada medical card. Anda belum rasa lagi kena bayar RM300 ke RM400 sebulan selepas lebih 10 tahun mencarum, tapi tak pernah claim apa-apa," kongsinya lagi.
Hantaran tersebut menerima pelbagai komen dan majoritinya menegur wanita itu agar dia membetulkan persepsinya terhadap skim perlindungan kesihatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Takaful hayat atau kad perubatan, nak pilih yang mana? Pakar kewangan ada jawapan
ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan posting perlekeh orang tak ada medical card, lelaki ini jelaskan kenapa ada individu masih tak ambil insurans... jangan main sindir je!
"Memang perit (mencarum). Tapi, usahakanlah, jangan tak ada langsung. Sebab hospital kerajaan pun ada rawatan yang kena bayar sampai beribu.
"Patut bersyukur sebab tak pernah guna medical card. Sekali kena, boleh terduduk.
"Sebab tak pernah sakit, sebab tu rasa rugi. Sekali dah sakit, pasti akan bersyukur," tulis netizen.


