KEHAMILAN biasanya akan mempengaruhi emosi wanita sehingga menyebabkan mereka lebih sensitif dan mudah tersentuh.
Di Thread, seorang wanita hamil lapan bulan berkongsi kisahnya yang menangis kerana ketiadaan baju bersesuaian untuk dipakai.
"Suami tegur suruh tukar baju, sebab baju yang aku pakai ketat. Dengan sambil lewa, aku jawab tiada baju lain. Tapi aku usahakan juga untuk cari baju lain.

Wanita hamil biasanya lebih sensitif dan kerap menangis. -Gambar hiasan AI
"Aku menangis sebab fed up, sebab baju aku semua dah kecil. Suami ingat aku nangis sebab kena tegur tukar baju. Jadi dia pun tiba-tiba marah, dia kata aku tak boleh ditegur langsung.
"Dia asyik cakap pasal dosa yang nanti dia kena tanggung dan sebagainya. Masalahnya aku bukan nangis sebab kena tegur. Aku nangis sebab tak jumpa baju lain," kongsinya.
Dalam hantaran sama, wanita itu turut mempersoalkan tindakan suaminya yang seolah-olah tidak memahami emosi seorang wanita yang sedang hamil.
- Wanita sarat hami; menangis kerana semua bajunya ketat.
- Dia terpaksa menukar baju selepas ditegur oleh suaminya.
- Suaminya pula menganggap dia menangis kerana ditegur.
- Wanita itu dalam dilema apabila dia dimarahi suaminya.
"Aku dah jelaskan dekat dia. Tapi sampai sekarang dia masih marah dengan aku. Aku ke yang terlalu emosi sekarang?
"Atau emosi kita sebagai ibu mengandung dah tak valid sekarang?" tulis wanita itu lagi sehingga dia dihujani ratusan komen netizen.
Ramai pelayar Thread turut mempersoalkan tindakan suami wanita itu kerana dia sepatutnya bertanggungjawab menyediakan pakaian buat isterinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita TTC rimas kawan terlebih prihatin, sibuk kongsi tip supaya ‘lekat’... Macamlah diri sendiri tiada 'effort' untuk hamil
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil 37 minggu baling senduk ke arah suami... Sakit hati ditegur masak tak ikut resipi TikTok
"Bro, nak isteri tutup aurat, jalankan tanggungjawab. Jangan kedekut beli baju untuk bini.
"Suami awak belikan baju longgar tak sepanjang awak mengandung?
"Minta dia belikan baju baru. Emosi awak valid. Lagi pun, awak mengandung," tulis beberapa netizen.


