KEBANYAKAN wanita memfailkan penceraian adalah disebabkan tidak lagi sanggup bertahan dalam hubungan yang menyakitkan, sama ada secara fizikal mahupun mental.
Di Threads, seorang individu tampil berkongsi kisah kakaknya yang nekad bercerai gara-gara menjadi mangsa kekerasan fizikal suami disebabkan isu remeh.
Menurut individu tersebut, kakaknya mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda yang mempunyai dua cahaya mata.
Suami yang panas baran cenderung mudah marah dan sukar mengawal perasaan sehingga memberi kesan negatif terhadap keharmonian keluarga. -Gambar hiasan
"Ramai yang beritahu punca lelaki tu bercerai sebab pukul bini tapi kakak saya tak percaya dan teruskan berkahwin juga.
"Hinggalah satu hari kakak kena pukul hanya kerana dia senggugut dan tak masak. Lelaki tu pula balik kerja, lapar terus merentan," tulisnya dalam hantaran tersebut.
Cerita individu itu lagi, insiden berkenaan bukanlah yang terakhir apabila lelaki tersebut didakwa cuba mengulangi perbuatan sama buat kali kedua.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran tengking isteri depan rezeki, nasi baru masak dikata basi... Anak sedih ibu berpanas naik motor beli makanan ganti
ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran bincang bab pengasuh, suruh isteri ‘resign’ jaga anak! Wanita kerja ‘gomen’ resah fikir hutang rumah, 2 buah kereta
Namun tidak lagi berdiam diri, kakaknya bertindak mempertahankan diri sebelum mengambil keputusan untuk memfailkan penceraian.
"Sampailah kali kedua dia (abang ipar) nak pukul lagi, kakak balas pukulan dia bertubi-tubi sampai patah hidung dan failkan cerai.
Seorang wanita nekad failkan penceraian selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Dia berkahwin dengan seorang duda anak dua walaupun pernah diberi amaran mengenai sikap suami.
Insiden pertama berlaku apabila dia dipukul kerana tidak memasak akibat senggugut.
Kali kedua cuba dipukul, wanita itu mempertahankan diri dan memfailkan cerai.
Warga maya memuji keberaniannya serta saran agar wanita mempelajari ilmu pertahanan diri.
"Lelaki tu terkejut dan baru tahu sejak kecil kami dihantar oleh parents ke kelas tae kwan do. Untuk pengetahuan, kakak saya pemegang tali pinggang hitam.
"Menangis laki tu dekat mahkamah. Saya tanya kakak, kenapa masa first time dia pukul tu akak just diam? Dia jawab, saja... dah lama tak rasa penumbuk lelaki.

Sebahagian daripada komen netizen.
"Dan waktu tu juga dia tersedar apa yang orang cerita pasal lelaki tu benar. Jadi cepat-cepat dia ambil keputusan untuk bercerai," kongsinya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dengan keberanian kakak individu tersebut kerana bertindak demi melindungi diri sendiri.
Tidak kurang juga ada yang menyarankan supaya kaum wanita mempelajari ilmu mempertahankan diri yang berguna ketika berdepan situasi berbahaya atau ancaman keganasan rumah tangga.


