suria

Wanita tak senang duduk tengok ibu bapa angkut anak kecil keluar lepak lewat malam, tak adil ganggu waktu tidur si manja

Ada segelintir ibu bapa gemar bawa anak melepak pada waktu malam. -Gambar hiasan AI

RAMAI ibu bapa masa kini yang gemar membawa anak-anak keluar lewat malam, sama ada untuk berjalan-jalan, bermain mahupun sekadar makan malam.

Perkara yang semakin dinormalisasi ini bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Meluahkan kebimbangan mengenai isu kesihatan kanak-kanak, seorang pengguna Thread menekankan kepentingan rutin tidur dan rehat mencukupi untuk kanak-kanak.

Waktu tidur kanak-kanak penting untuk perkembangan mereka. -Gambar hiasan AI

Waktu tidur kanak-kanak penting untuk perkembangan mereka. -Gambar hiasan AI

"Aku judge parents yang bawa anak keluar tengah malam, tak kira apa alasan kau sekali pun... budak tetap budak.

"Mereka perlukan waktu tidur, rutin dan rehat yang cukup bukan ikut kau melepak kafe dan pusing mall atau teman bekerja," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati bapa dapat tahu anak gadis ‘ditebuk’ suami orang! Senyap-senyap keluar malam - “Ikutkan hati nak tibai, tapi sabar”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis rimas bapa kerap keluar masuk bilik tidur, tak jaga batas... Tengah malam pun terjah! - “Dia nak cari stok makanan”

Namun katanya, perkara tersebut hanya boleh dibenarkan sekiranya ibu bapa mempunyai sebab kecemasan.

Malah dia menyifatkan tindakan ibu bapa yang membawa anak-anak keluar pada waktu tengah malam adalah tidak adil.

"Kalau sebab kecemasan, aku boleh terima tapi selain daripada itu... no way

  • Netizen tegur ibu bapa gemar bawa anak keluar lewat malam.
  • Dakwa amalan itu menjejaskan rutin tidur dan rehat kanak-kanak.
  • Hanya boleh diterima jika melibatkan situasi kecemasan.
  • Anggap tindakan tersebut tidak adil walaupun nampak remeh.
  • Netizen berbelah bahagi, ada pertahan ibu bapa kerana kekangan kerja.

"Sangat tak adil untuk anak walaupun nampak remeh pada kau," tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen.

Antara reaksi netizen di ruangan komen.

Antara reaksi netizen di ruangan komen.

Namun kebanyakannya mempersoalkan sekiranya ibu bapa hanya mempunyai waktu malam sahaja untuk keluar bersama anak-anak disebabkan tuntutan kerja.

"Kalau mak ayah kerja siang dan hanya ada waktu malam sahaja untuk bawa anak-anak keluar macam mana? Jangan judge orang.

"Tak setuju. Kau ingat hari-hari ke mak bapa bawa anak-anak dia keluar malam?

"Waktu tidur anak keutamaan saya, cuma apabila berkumpul saudara-mara... dia jadi distracted nak main je walaupun mata dah ngantuk," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain