suria

Isteri hamil 37 minggu baling senduk ke arah suami... Sakit hati ditegur masak tak ikut resipi TikTok

Seorang suami perlu lebih berhati-hati memberi teguran mengenai masakan isteri. -Gambar hiasan AI

RASA letih dan emosi tidak stabil sering dialami wanita hamil lebih-lebih lagi ketika kandungan sudah mencecah trimester ketiga.

Di media sosial seorang isteri meluahkan rasa geram terhadap suaminya yang seakan tidak menghargai penat lelah menyediakan makanan walaupun kandungannya sudah memasuki usia 37 minggu.

Katanya, si suami menegur kerana masakannya dikatakan tidak sama seperti resipi di TikTok meskipun dia berusaha menyediakan sendiri makanan untuk mereka berdua.

Emosi seorang wanita menjadi lebih sensitif ketika hamil. -Gambar hiasan AI

"Geram sangat dengan laki aku. Aku dah masak untuk dia tapi serba tak kena walaupun dalam keadaan mengandung ni.

"Lepas tu boleh pula dia cakap... itulah sayang tak tengok resipi dekat TikTok," imbas wanita itu dalam hantaran di Threads.

Wanita itu mengakui dia gagal mengawal emosi sebaik sahaja mendengar tutur kata si suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami macam ‘punching bag’, isteri jadi panas baran lepas bersalin anak kedua - “Ada saja benda aku nak marah dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sensitif dan beremosi ketika hamil, suami bad mood lebih-lebih! Asyik berkasar, langsung tak tolong buat kerja rumah

"Aku ni sudah lama tak datang baran. Sekali datang, aku campak senduk tepi dia. Kemudian aku cakap... lepas ni awak masak sendiri!

"Dia cuba pujuk tapi aku diam je. Aku ni selagi boleh sabar, aku sabar je. Dah hilang sabar, memang kena la. Aku ni mengandung memang tak larat dah ni," jelasnya.

  • Isteri sarat hamil geram apabila suami banding masakannya dengan resepi TikTok.
  • Dalam keadaan emosi, wanita itu hilang sabar hingga campak senduk ke arah suami.
  • Katanya, dia dah lama bersabar tapi kali ini tak mampu menahan marah.
  • Netizen simpati dan nasihatkan supaya wanita hamil tidak paksa diri memasak.
  • Ramai pesan agar lebih utamakan rehat dan kesihatan ibu serta bayi berbanding puaskan selera suami.

Luahan yang dikongsikan itu menarik perhatian ramai yang rata-ratanya bersimpati dengan keadaan wanita berkenaan.

Malah ada juga yang menyarankan agar dia lebih menjaga kesihatan diri supaya bayi dalam kandungan selamat sehingga dilahirkan.

Komen sesetengah netizen di Threads.

"Tak perlu baling-baling (barang) sebab lelaki macam tu bukan kisah pun. Tak payah masak je senang.

"Rajin kau ni. Isteri syurga. Masa aku mengandung dulu nak masak pun ikut suka je. Masa 37 minggu tu memang tak jumpa senduk dan kuali dah. Semua tapau. Lebih pentingkan diri daripada semua orang.

"Tak payah masak sis, senang cerita. Nanti sis yang penat. Sudah la mengandung. Sis masak untuk diri sendiri je," komen beberapa netizen.

Artikel Lain