suria

Isteri sensitif dan beremosi ketika hamil, suami bad mood lebih-lebih! Asyik berkasar, langsung tak tolong buat kerja rumah

Wanita yang hamil cenderung untuk beremosi dan sensitif kerana perubahan hormon. -Gambar hiasan

GOLONGAN hawa sememangnya mempunyai jiwa dan emosi yang begitu sensitif lebih-lebih lagi ketika sedang berbadan dua.

Selain disebabkan perubahan hormon semasa kehamilan, faktor stres, kepenatan, dan perubahan metabolisme tubuh juga menjadi antara penyebab munculnya perasaan sensitif terhadap wanita yang sedang hamil.

Justeru pada fasa ini, suami seharusnya memainkan peranan sebagai peneman yang memberikan sokongan moral dan fizikal, bukan membebankan lagi emosi pasangan mereka.

Bayangkan ketika sedang mengalami alahan serta keletihan disebabkan pembawaan bayi, si isteri terpaksa 'makan hati' gara-gara sikap suami sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

"Saya seorang suri rumah anak satu, sekarang tengah pregnant enam bulan. Baru-baru ni saya bergaduh dengan suami sebab saya kejut dia pukul 1 pagi. Saya lapar sangat-sangat malam tu.

"Dia asyik suruh saya order Foodpanda sedangkan duit dalam bank tinggal RM60 nak survive sampai hujung bulan. Saya suruh dia bungkus roti canai dekat mamak jarak 100 meter je dari rumah.

HAMIL 2

Seorang suami sepatutnya sama-sama membantu isteri melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan

"Memang saya terasa sangat-sangat. Dah la saya pregnant anak dia. Lepas tu saya pergi dapur makan biskut yang tinggal tiga keping, buat air.

"Dia siap-siap nak keluar, saya cakap tak payah beli... kalau beli juga saya memang takkan makan. Dia keluar beli juga. Memang tak lalu dah nak makan bila dia bawa balik roti canai tu. Dia cakap kalau tak nak makan tak payah kejut dia. Sedihnya hati ni," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘struggle’ kuruskan badan, tertekan suami asyik perlekeh tak nampak hasil - “Dia tak rasa saya cantik dan seksi”

ARTIKEL BERKAITAN: Seronok jadi penyondol, dilebihkan dalam setiap hal! Tak pernah kantoi sebab tahu ‘peranan’, tapi akhirnya undur diri

Tambah wanita tersebut, kesedihannya menjadi semakin berganda apabila suaminya bukan hanya tidak memujuk, malah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

"Esok tu sepatutnya ada kenduri kahwin kawan dia. Saya tengah siap-siap, biasanya memang saya akan siap lambat sebab kena siapkan anak sulung dulu.

"Saya sakit hati dengan ayat dia, 'pukul 2 tak siap tinggal'. Masa tu ada lagi 10 ke 15 minit lagi nak pukul 2.

"Saya terus cakap tak nak pergi. Memang tak ada mood. Hal gaduh semalam pun tak selesai lagi, lepas tu tambah buat saya bad mood. Macam mana nak pergi dengan keadaan air mata ni mengalir saja," katanya.

Standby makanan frozen dekat rumah banyak-banyak. Asal lapar aje boleh panaskan dan makan.

NETIZEN

Ujarnya lagi, dia dapat merasakan layanan suaminya ketika dia hamil anak kedua ketika ini amat berbeza dan tidak seperti kali pertama mereka menimang cahaya mata sulung.

Malah kata wanita ini, dia ada kalanya merasakan dirinya seakan-akan beban yang hanya menyusahkan suami.

"Sepanjang saya pregnant kali ni, saya memang banyak makan hati. banyak kali saya suruh tolong urut kaki, sapu minyak dekat belakang. Dia tak buat pun. Kerja rumah lagi 'hauk'. Sanggup biar isteri yang bawa perut ni buat semua benda.

"Entahlah, suami saya tak macam yang saya kenal dulu. Dia dah berubah sangat-sangat. Masuk hari ni dah tiga hari kami tak tidur sama.

"Saya ada chat, buat video call... dia reject. Makin terluka hati saya ni. Saya rasa macam tak boleh nak hadap dah. Baik saya hidup dengan anak je. Tapi masalahnya, saya tak ada duit langsung.

"Family saya toxic. Kalau jadi apa-apa memang akan salahkan saya je la. Manalah saya nak pergi. Nak bertahan tapi sakit hati ni makin parah je. Nak pergi tapi tak tahu nak ke mana," luah wanita yang enggan mendedahkan identiti ini lagi.

Luahan yang dikongsikan di grup Facebook Luahan Hati Seorang Isteri meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya turut menzahirkan rasa simpati dengan nasib yang dialaminya.

KOMEN 1

Antara pandangan yang diluahkan warga maya terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Malah ramai yang memberikan kata-kata sokongan dan nasihat buat wanita berkenaan agar tabah menghadapi ujian rumah tangga.

"Sabar sis... slow talk dengan suami. Minta maaf dulu. Then cakap apa yang terpendam selama ni. Jangan simpan lama-lama, parah emosi jadi murung.

"Standby makanan frozen dekat rumah banyak-banyak. Asal lapar aje boleh panaskan dan makan. Kita pregnant memang perangai pelik, tengah-tengah malam lapar tak boleh bawa bincang.

"Kalau nak ikut mood sangat-sangat tu, cepat-cepat istighfar. Faham puan merajuk, sedih, terasa hati. Tapi cuba istighfar banyak-banyak. Kadang emosi mengandung ni memang tak berapa stabil," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain