DALAM sesebuah keluarga, kasih sayang antara adik-beradik sepatutnya menjadi ikatan yang sukar diputuskan.
Namun berbeza bagi seorang wanita ini apabila dia terpaksa mengambil keputusan berani hingga memusnahkan hubungan dengan kakaknya sendiri demi menegakkan kebenaran.
Jelas wanita berkenaan, segalanya bermula selepas dia nekad melapor dan membocorkan rahsia yang kakaknya menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

Mempunyai hubungan terlarang dengan suami orang adalah satu kesalahan. -Gambar hiasan
"Hal ni sudah lama terjadi tapi sampai sekarang masih berlegar-legar dalam otak saya. Kakak dating dengan suami orang.
"Saya tak sokong perbuatan dia, saya marah tapi tak beritahu dia. Nak tegur tapi semua dah buat (tegur) termasuk abah dan umi tapi masih tak berubah.
"Satu hari, saya tak tahan sangat saya cari isteri lelaki tu dan beritahu semua perkara," ujar wanita itu dalam hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Jarang ‘bersama’, merungut isteri gemuk... Tiba-tiba kantoi beli alat besarkan kemaluan! Wanita syak abang ipar curang
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah keras hati, tak ampun dosa adik... Kakak rayu minta bimbing, bukan dibuang keluarga tanpa ihsan
Namun bagaikan dijangka, tindakan itu menyebabkan kakaknya 'naik hantu' dan mula menjauhkan diri.
Justeru pengadu dihantui rasa bersalah dan tertanya-tanya sama ada perbuatannya itu betul atau sebaliknya.
"Saya juga terfikir apa yang saya buat ni boleh memalukan famili. Tapi sekurang-kurangnya tindakan itu tak menunjukkan saya sokong apa dia buat.
- Adik risau kakak bercinta dengan suami orang.
- Semua ahli keluarga sudah menasihati, tapi kakak tetap berdegil.
- Akhirnya adik nekad maklumkan kepada isteri lelaki itu.
- Kakak marah besar dan memutuskan hubungan.
- Adik serba salah tapi yakin tindakannya betul demi maruah keluarga.
"Tak kisah dia anggap saya jahat atau tak anggap saya adik dia lagi. Cuma hari-hari terfikir adakah saya menghalang kakak untuk bahagia? Jahat ke buat kakak macam ni?
"Saya tak nak kakak jadi penyebab musnah rumah tangga orang. Mungkin benda ni belum jadi tapi memang ada kemungkinan orang bercerai kerana kes orang ketiga," jelasnya.

Sebahagian komen netizen.
Seperti diduga, rata-rata warga maya menyokong tindakan wanita ini yang berani menghalang kakaknya daripada terus berada dalam hubungan tersebut.
"Betul dah tu tindakan awak. Daripada kakak awak terjerumus dalam zina dengan suami orang. Suami orang kalau cari skandal ini, satu je sebab dia... nak makan luar.
"Kalau saya merupakan isteri kepada lelaki berkenaan, saya pasti berterima kasih kepada awak," komen beberapa netizen.


