MERAIKAN pencapaian si kecil dalam majlis graduasi bagai menjadi kebiasaan dalam masyarakat masa kini sehingga ada yang sanggup berbelanja besar.
Bagi sesetengah tadika, majlis diadakan di lokasi khas seperti hotel dengan kanak-kanak perlu memakai pakaian konvokesyen di universiti seperti jubah dan topi.
Di sebalik kemeriahan majlis, timbul juga rungutan dalam kalangan ibu bapa yang berasa terbeban dengan bayaran yang dikenakan untuk menghadiri majlis berkenaan.

Kebanyakan acara diadakan di hotel. -Gambar hiasan
Turut bersuara mengenai perkara ini, seorang wanita mempersoalkan trend graduasi murid prasekolah yang disambut di luar sekolah.
"Siapa yang mulakan trend graduasi prasekolah dekat luar ni?
ARTIKEL BERKAITAN: Anjur majlis graduasi mewah, cikgu minta murid darjah 6 bayar RM140... Ramai mula mengeluh, tak mampu ikut trend
ARTIKEL BERKAITAN: Guru ‘bersuara’, penat sebenarnya buat majlis graduasi! Ibu bapa kalau tak setuju sila datang mesyuarat PIBG, bantah
"Kena bayar berpuluh ringgit untuk tengok anak umur enam tahun habis sekolah, bukankah sepatutnya buat dekat sekolah je," luahnya di Thread.
Menurut wanita ini, persoalan itu ditimbulkan kerana tidak semua ibu bapa mampu untuk membiayai kos yang ditetapkan.
- Trend majlis graduasi prasekolah makin meluas, siap ada jubah dan diadakan di hotel.
- Ibu bapa luah rasa terbeban dengan bayaran tinggi untuk hadir majlis anak.
- Seorang wanita persoal perlu ke sambut graduasi murid enam tahun di luar sekolah.
- Ramai setuju acara sebegitu patut dibuat sederhana agar tak bebankan keluarga.
- Netizen anggap trend ini ikut gaya tadika T20 dan bersifat diskriminasi pada yang kurang mampu.
Namun tidak dapat dinafikan setiap ibu bapa mahu pencapaian anak diraikan.
Luahannya itu menerima pelbagai reaksi, dengan ramai yang bersetuju majlis graduasi tidak perlu diadakan secara mewah kerana tujuan utamanya hanyalah untuk meraikan pencapaian awal kanak-kanak.

Reaksi netizen.
"Anak tiga tahun pun kena buat persembahan untuk majlis graduasi.
"Terlampau nak ikut sangat cara T20 punya tadika, begitulah.
"Ini pun salah satu diskriminasi apabila cikgu-cikgu nak buat majlis graduasi berbayar macam ni. Diskriminasi pada yang tak berduit.
"Anak saya buat kat luar dengan bayaran RM150, ingatkan ada makan-makan selepas majlis tapi tak ada pun... bayar untuk tengok anak graduasi je," demikian antara reaksi netizen.


