suria

Sakit pun gigih pergi ofis, wanita tak anggap 'cemerlang' tapi penting diri - "Tak sihat, duduk sajalah di rumah"

Pekerja sakit perlu mengambil cuti bagi mengelakkan penyakitnya berjangkit. -Gambar hiasan AI

SITUASI biasa di tempat kerja, ada staf yang tetap datang bertugas seperti biasa walaupun diri tidak sihat hanya kerana mahu menunjukkan sikap komited dan berdedikasi.

Namun tindakan individu tertentu yang dilihat amat setia terhadap pekerjaan bukanlah sesuatu yang wajar dibanggakan, bagi sesetengah orang.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan pendapat bahawa mereka yang memilih untuk bekerja ketika sakit sebenarnya bersikap pentingkan diri sendiri.

Elak pertikai rakan sekerja yang kerap mengambil cuti sakit. -Gambar hiasan AI

"Maaf cakap ya tapi bagi saya sesiapa yang datang ke ofis ketika mereka dalam keadaan tak sihat (daripada mengambil cuti) bukan pekerja berdedikasi.

"Mereka pentingkan diri. Kalau dah tak sihat, duduk je la rumah, rehat, makan ubat. Bila datang pejabat masa sakit, risiko jangkit orang lain tu tinggi. 

"Orang lain pun nanti boleh jangkit dekat keluarga pula," katanya meluahkan pendapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dipotong gaji gara-gara MC 3 hari... Sijil cuti sakit klinik kerajaan tak laku, HR persoal status kesihatan staf

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga

Tambahnya lagi, amalan tidak mengambil cuti sakit atau MC (medical certificate) sepanjang tahun tidak boleh dijadikan ukuran untuk menentukan kecemerlangan pekerja.

Apa yang paling penting katanya, tubuh perlu diberi masa berehat agar dapat kembali bekerja dengan lebih produktif.

"'Zero MC' (sifar cuti sakit) tidak membuatkan awak pekerja cemerlang secara automatik.

  • Wanita tegur pekerja tetap pergi ofis walau sakit, anggap pentingkan diri.
  • Katanya, berehat di rumah lebih baik dan dapat elak penyakit menjangkiti orang lain.
  • Tak ambil MC bukan bukti dedikasi sebenar.
  • Budaya ‘zero MC’ patut dihentikan.
  • Netizen berbelah bahagi, ada sokong ada rasa serba salah bila ambil MC.

"Jadi sila hentikan budaya ini. Sila berehat, pulihkan kesihatan diri dan datang semula untuk bekerja," jelasnya.

Susulan luahan pendapat tersebut, netizen tampil memberikan pelbagai reaksi dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Antara komen netizen.

"Tapi bila kita selalu MC sebab rasa tak sihat, akan dilabel teruk juga. Jadi macam mana? Stresnya.

"Saya sakit sikit pun cari MC. Kenapa nak paksa diri tak sihat bekerja kan. Baik makan ubat dan tidur dekat rumah.

"Saya benci orang yang jelas sekali sakit dan tak ambil MC. Nanti berjangkit dekat orang lain lepas tu bila orang kena jangkit tu, dia cakap dia sakit tak ambil MC pun," antata komen netizen.

Artikel Lain