DI sebalik kesempurnaan wajah dan penampilan seseorang, tidak semua daripada mereka sempurna dalam aspek penjagaan kebersihan diri.
Hakikat ini turut diakui seorang lelaki yang menceritakan kisah percintaannya dengan seorang wanita yang digambarkan sebagai sempurna dari segi fizikal.
Namun di sebalik kecantikan rupa paras yang memukau mata itu, dia mendakwa mengalami 'trauma kecil' apabila menyedari kekasihnya itu tidak menjaga kebersihan diri.

Bau badan kurang menyenangkan boleh mengundang rasa tidak selesa. -Gambar hiasan
"Rupa 10 per 10, kulit licin tanpa cela. Sangat sempurna dan cantik sampaikan saya lupa pasal benda lain. Hari pertama berjumpa dia tanya saya ada pisau cukur tak?
"Kemudian saya tolong la dia beli pisau cukur. Lepas tu dia cukur bulu ketiak dalam kereta saya dan 'bulu-bulu kehidupan' dia berterabur atas seat (tempat duduk) kereta.
"Saya terkedu masa tu tapi pura-pura gelak dan layan sebab nak jaga air muka dia. Masa tu saya sedar, kecantikan tidak semestinya datang bersama adab dan kesopanan," ceritanya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki terlanjur dengan kekasih gelap... Tak pernah sentuh bakal isteri, rupanya nak ‘rasmi’ lepas nikah
ARTIKEL BERKAITAN: BF kantoi curang, bertukar foto bogel... Wanita puas dapat balas dendam cara sama - "Dia menangis sampai hidung berdarah"
Tambah lelaki itu lagi, dia cuba menerima kekurangan kekasihnya sepanjang hampir satu tahun mereka bercinta.
Namun isu kebersihan menjadi punca utama hubungan mereka berakhir walaupun dia telah memberi teguran secara baik.
Wanita berkenaan enggan berubah dengan memberi alasan lelaki itu harus menerima dirinya seadanya jika benar-benar cinta.
- Lelaki kongsi pengalaman bercinta dengan wanita cantik tapi pengotor.
- Wanita itu cukur bulu ketiak dalam kereta ketika janji temu pertama.
- Sepanjang setahun bercinta, kebersihan jadi isu dan akhirnya mereka berpisah.
- Pernah mengaku tak mandi, cuma sembur minyak wangi sebelum keluar.
- Lelaki sedar kecantikan tak boleh 'tutup' adab dan kebersihan diri.
"Pernah juga bila saya ajak keluar, dari pagi lagi dia dah bersiap. Tapi bila jumpa, saya pernah bau minyak wangi dia kuat semacam.
"Bila tanya, dia selamba jawab sebab tak sempat mandi. Masa tu saya terus senyum je. Tapi dalam hati macam... okay tak apa la sekurang-kurangnya dia jujur.

Sikap penting diri antara punca berlakunya perpisahan. -Gambar hiasan
"Sesetengah orang cantik rasa kecantikan itu membolehkan mereka buat apa saja dan orang tetap akan terima. Sis, muka awak bukan air freshner (penyegar udara)," ceritanya lagi.
Tambah lelaki ini lagi, wanita berkenaan juga pernah menjadi model dan memang tidak dinafikan memiliki wajah yang cantik.
Tetapi sikap sambil lewa terhadap kebersihan diri serta sikap wanita itu yang suka merendah-rendahkan orang lain membuatkan dia mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan yang terjalin.


