suria

Tak sempat salam, pintu rumah dah ditutup! Wanita sebak, syak ibu BF sengaja elak berjumpa - "Mak dia tak suka saya ke?"

Mengambil hati bakal ibu mentua bukan satu perkara yang mudah. -Gambar hiasan AI

MENGAMBIL hati bakal mentua bukanlah perkara mudah, apatah lagi jika masih berada di fasa awal perkenalan dengan anaknya.

Seperti mana yang berlaku kepada wanita ini, dia meluahkan rasa sedih dan gusar selepas pertama kali bertemu dengan ibu kepada teman lelakinya.

Berkongsi pengalaman yang dilalui, dia berasa kurang selesa apabila memikirkan tentang reaksi yang ditunjukkan oleh ibu kepada kekasihnya dalam pertemuan mereka pada Ahad lalu.

Setiap individu perlu berusaha mengambil hati bakal mentua. -Gambar hiasan

"Masa teman lelaki baru nak masuk kereta ambil saya, mak dia panggil sebab nak kirim bungkus nasi goreng. Kemudian, dia ambil saya dulu dekat rumah.

"Barulah dia pergi bungkus nasi goreng dekat kedai. Kami pun hantar la dekat rumah dia (teman lelaki). Mak dia keluar sampai ke pintu depan rumah.

"Selama ni pernah je pergi rumah dia tapi saya duduk dalam keretalah. Mak dia tak pernah pula keluar sampai pintu depan. Jadi (hari kejadian) saya segan la, takkan la saya tak turun salam atau tegur sapa kan," ceritanya di laman Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita merungut bakal mentua halang hadir majlis konvokesyen tunang... Belum jadi menantu tapi asyik tak sebulu!

ARTIKEL BERKAITAN: “Dapat dua tiga helai pun okey” - Mak mentua minta suami ambil rambut menantu, ajar cari dalam bilik air atau sikat

Menurut wanita itu, dia sebenarnya sedang duduk bersila di dalam kereta sementara menunggu teman lelaki menyerahkan nasi goreng kepada ibunya.

Justeru, dia mengambil sedikit masa untuk memakai kasut apabila teman lelakinya kembali ke kereta dan menyuruhnya turun untuk berjumpa dengan ibu.

Bagaimanapun ibu kepada teman lelaki bertindak masuk ke dalam rumah dan menutup pintu sebelum dia sempat keluar dari kereta dan bersua muka.

  • Wanita sedih kenang pengalaman pertama kali jumpa ibu teman lelaki.
  • Ketika itu mereka mahu keluar berdua tetapi teman lelaki singgah di rumah untuk hantar nasi goreng dipesan ibunya.
  • Dia mahu keluar dari kereta untuk bersalaman tapi ibu kekasih masuk rumah dan tutup pintu.
  • Rasa sedih, sampai menangis dalam kereta.
  • Netizen nasihat belajar ambil hati bakal mentua dengan lebih peka dan sopan.

"Saya siap-siap nak pakai kasut, sementara teman lelaki saya cakap dekat mak dia yang saya dah nak keluar. Lepas tu mak dia tutup pintu rumah tanpa sempat saya keluar.

"Tapi mungkin sebab (ibu kekasih) tak dengar atau saya bergerak perlahan. Kami pun pergi macam tu je. Saya sedih dan terasa. Semalam (Ahad) saya menangis je dalam kereta.

"Tu maksudnya mak dia tak suka dekat saya ke?" luahnya yang terkilan dengan situasi berlaku tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan dan nasihat kepada wanita tersebut agar sentiasa peka serta menjaga adab setiap kali berdepan dengan orang tua, khususnya bakal mentua.

Antara komen netizen.

"Sepatutnya sis yang turun bagi nasi tu. Belajar 'beli' hati mak dia. Kadang orang macam ni perangai macam suka tak suka jadi awak kena peka.

"Belajar ambil hati orang tua sikit dik. Kalau tahu mak kepada teman lelaki kau nak nasi goreng, belikan makanan sampingan juga.

"Beli donat ke atau apa-apa yang berkaitan untuk ambil hati dia. Dulu saya macam tu juga. Satu makanan mak dia order, 10 aku bawa balik. Sekarang dah jadi menantu, mak mentua pun baik gila," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu ada juga pengguna yang meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap dirinya.

"Awak salah, dah tahu nak kena hantar nasi goreng kat rumah dia masih bersila dalam kereta.

"Lain kali siap sedia je la. Awak lembab nak tunggu BF suruh baru nak gerak, tak ada common sense.

"Mak dia rasa awk tak ada adab, mak dia yang patut terasa ni awak pula terasa," komen seorang lagi netizen.

Artikel Lain