suria

“Dapat dua tiga helai pun okey” - Mak mentua minta suami ambil rambut menantu, ajar cari dalam bilik air atau sikat

Salah faham antara suami isteri merupakan lumrah biasa dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

RUMAH tangga perlu dibina atas dasar kejujuran dan kepercayaan antara pasangan supaya keharmonian hidup dapat kekal dipelihara.

Situasi berbeza dialami wanita ini apabila suaminya bukan sahaja tidak jujur malah bersikap mencurigakan dan disyaki melakukan sesuatu yang tidak baik di belakangnya bersama ibu mentuanya.

Lebih menambah rasa bimbang apabila dia terbaca isi kandungan mesej kiriman ibu mentua berhubung barang peribadi miliknya yang perlu dikumpul suami tanpa pengetahuannya.

Pergaduhan antara suami dan isteri adalah perkara biasa dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

Pergaduhan antara suami dan isteri adalah perkara biasa dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

"Aku terbaca chat WhatsApp suami dengan mak mentua aku. Dalam tu mak mentua ada tanya... dapat tak barang-barang yang diminta?

"Suami aku pun balas... ada dah tapi rambut je belum, leceh sikit.

"Kemudian mak mentua aku pun balas suruh dia tengok dalam bilik air atau sikat... katanya dapat dua tiga helai pun okey," dakwa pengadu menerusi perkongsian di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak suka menantu, mentua hantar sihir! Perawat pun 'diserang', mengesot keluar rumah cakap tak boleh bantu

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu lelaki dakwa terkena sihir pemisah sampai bercerai, kini angau dengan ‘pelaku’ duduk depan meja dalam bilik guru

Perbualan tersebut membuatkan dia mula mengesyaki setiap tingkah laku suami dan ibu mentuanya.

Tambahan pula suaminya diminta memadam mesej berkenaan supaya rancangan tersebut tidak terbongkar dan diketahuinya.

Menurut wanita ini lagi, tindakan ibu mentuanya itu berkemungkinan daripada pergaduhan yang sering berlaku antara dia dengan suami.

  • Wanita terbaca chat suami dan mentua di WhatsApp.
  • Mentua suruh cari rambut isteri di bilik air.
  • Suami diminta padam mesej supaya tak kantoi.
  • Isteri dakwa mentua selalu campur tangan.
  • Netizen syak ada unsur sihir, nasihat dia berjaga-jaga.

"Selama ini aku anggap kami berdua hanya bergaduh hal remeh temeh dalam rumah tangga.

"Tapi mak mentua sentiasa masuk campur dan tiba-tiba Allah beri gerak hati untuk aku baca mesej suami," luahnya lagi.

Malah katanya, ia berkemungkinan disebabkan sikapnya yang lantang dan tidak mudah menurut kehendak suami kerana menurutnya tidak masuk akal.

Warga maya beranggapan pengadu akan disihir oleh ibu mentuanya.

Warga maya beranggapan pengadu akan disihir oleh ibu mentuanya.

"Saya kerap melawan daripada mengikut kehendak suami yang sangat nonsense sebab saya jenis tak mudah makan kata-kata.

"Suami pun suka perbesarkan perkara remeh sehingga mentua terlibat sekali dan menangkan anak dia," adunya lagi.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meminta dia mendapatkan perlindungan daripada ahli keluarga sendiri.

"Maklumkan pada keluarga awak tentang perkara ni dan sentiasa berwaspada.

"Mak mentua tak suka awak ke? Dia nak pisahkan awak dengan suami atau nak awak menurut cakap suami? Hati-hati setiap makanan yang diberikan mentua.

"Dia nak sihir penunduk pada awak ke," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain