suria

HR silap hantar dokumen bonus, staf pula kena marah... Terbongkar maklumat sulit, pekerja baharu dapat ‘tinggi’

Dokumen rahsia yang bocor boleh menjejaskan emosi pekerja. -Gambar hiasan AI

SETIAP pekerja akan diberikan bonus berdasarkan prestasi pencapaian, seiring tempoh perkhidmatan dan keuntungan syarikat.

Maka tidak hairanlah apabila setiap pekerja mendapat jumlah bonus yang berbeza-beza seperti dikongsikan lelaki ini.

Bagaimanapun, dia meluahkan rasa terkilan apabila mengetahui pekerja yang baru menyertai syarikatnya menerima bonus lebih besar berbanding dirinya.

Setiap pekerja dinilai berdasarkan prestasi dan pencapaian yang dilakukan. -Gambar hiasan AI

Setiap pekerja dinilai berdasarkan prestasi dan pencapaian yang dilakukan. -Gambar hiasan AI

"HR (Jabatan Sumber Manusia) tersalah hantar dokumen, terhantar WhatsApp kepada aku dan aku sempat 'download'.

"Terkejut juga tengok sebab dokumen tu ada ringkasan bonus yang pekerja masuk pada 2023 dapat bonus RM2,300.

"Aku yang sudah tujuh tahun dapat RM2,000 je, masa tempoh dua tahun sertai syarikat tu... dapat RM500 je," luahnya di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai HR naik angin dapat mesej staf bawahan beritahu nak cuti… Dituduh pandai-pandai bagi arahan

ARTIKEL BERKAITAN: “Bapa saya kurang gembira bab gaji” - Staf HR ‘pening’ kepala urus calon Gen Z, tak boleh buat keputusan sendiri

Pendedahan maklumat sulit yang berlaku secara tidak sengaja itu membuatkan dia berasa hilang semangat dan tidak dihargai.

Lebih mengecewakan apabila dia dimarah kerana melihat dokumen sulit berkenaan meskipun kesilapan asal berlaku daripada pihak HR.

  • Lelaki kongsi kisah HR tersalah hantar dokumen bonus ke WhatsApp.
  • Terkejut bila tahu staf baharu 2023 dapat RM2,300, sedangkan dia tujuh tahun kerja cuma RM2,000.
  • Katanya masa dua tahun awal dulu bonus cuma RM500.
  • Rasa hilang semangat bila dimarahi walaupun kesilapan berpunca daripada HR.
  • Netizen jelaskan bonus ikut prestasi dan KPI, bukan semata-mata tempoh kerja.

"HR tu punya marah sebab aku 'seen'. Dia yang baru sertai pada 2023 pun dapat bonus RM2,000," tambahnya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya tampil menjelaskan cara pemberian bonus kepada pekerja.

Warga mayaberkongsi pengalaman kerja masing-masing.

Warga maya  berkongsi pengalaman kerja masing-masing.

"Bonus berdasarkan prestasi pekerja dan semua itu dinilai oleh ketua jabatan masing-masing, jadi kalau nak bonus banyak kena capai KPI (petunjuk prestasi utama) yang ditetapkan.

"Masa mula kerja di bahagian kewangan dulu, aku selalu proses bayaran terutama fail gaji. Pernah aku marah ketua jabatan sebab tak bagi solusi sedangkan gaji RM15,000.

"Syarikat saya dulu bagi bonus berdasarkan gaji asas, yang bezakan gaji pula adalah KPI," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain