GANGGUAN bunyi semasa menginap di hotel pastinya mengganggu ketenangan tetamu, terutamanya pada waktu malam.
Di Thread, seorang wanita mendakwa berdepan gangguan gegaran dinding ketika menginap di sebuah hotel.
Menurut wanita itu, dia mengesyaki gegaran berkenaan datang dari bilik sebelah yang didiami pasangan pengantin.

Destinasi dalam negara sering menjadi pilihan pasangan pengantin untuk berbulan madu. -Gambar hiasan AI
"Teringat masa menginap di sebuah hotel hari tu. Bilik sebelah tu suami dan isteri tengah bulan madu kot.
"Perasan sebab nampak jari berinai, kami pula check in waktu sama, jadi kami dah bertembung di luar bilik.
"Masa aku masih berjaga untuk membaca, tiba-tiba dinding yang menghadap katil aku bergegar. Banyak kali gegaran," kongsinya.
- Wanita tular selepas kongsi kisah menginap sebelah bilik pengantin di sebuah hotel.
- Dia pertama kali melihat pasangan itu ketika mendaftar masuk.
- Dia mendakwa terdengar bunyi gegaran pada waktu malam.
- Wanita itu akui terganggu sehingga tidak boleh tidur sepanjang malam.
Menurut wanita itu, dia tidak tidur sepanjang malam selepas terganggu dengan gegaran berkenaan.
"Esok masa sarapan, aku terserempak dengan pasangan tu. Terus aku duduk membelakangi mereka.
"Tak boleh lupa gegaran katil (mereka) kena dinding bilik aku sepanjang malam. Aku trauma, tak boleh tidur dan tak boleh tengok mereka," tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Hadir kenduri belah perempuan, famili pengantin lelaki jemput 100 tetamu sendiri... 'Rembat' duit salam kaut!
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengantin menangis kahwin kali kedua... Ramai sebak lepas tahu kisah silam rumah tangga, doakan kebahagiaan
Di ruangan komen, pelayar Thread turut meluahkan rasa terhibur membaca kisah itu.
"Ini sangat lucu. Patutnya bertimbang rasa la sikit. Dinding hotel rata-rata nipis je.
"Macam mana sampai boleh bergegar dinding?" tulis beberapa netizen.


