SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila usaha dan persiapannya untuk meraikan ulang tahun perkahwinan bersama suami tidak dihargai.
Menurutnya, seminggu sebelum tarikh istimewa berkenaan, dia sudah beberapa kali memberi bayangan kepada suaminya tentang sambutan berkenaan.
Lebih manis apabila dia juga membuat simpanan khusus selama tiga bagi menjayakan majlis makan malam romantik tersebut.
Isteri hanya ingin dihargai pada hari istimewa dia dan suami. -Gambar hiasan
"Seminggu sebelum tarikh tu aku selalu hint dekat suami macam tak nak bagi bunga ke? Tak nak belanja cincin ke? Minggu depan nak dinner sekali tau.
"Tiga bulan aku kumpul duit untuk buat dinner dan tempah jurugambar. Aku juga belikan benda yang dia suka," kongsi wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Sangka ada kejutan ‘anniversary’, rupanya pergi main takraw... Isteri makin kecewa suami balik tangan kosong - “Ingat ada kek sepotong”
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bersemut’ pasangan ini rai anniversary perkahwinan, hadiah beli di kedai serbaneka... Pemberian suami buat isteri sedar sesuatu
Namun, jelas pengadu pada hari sambutan yang dinantikannya itu, segalanya bertukar hampa.
"Tahu apa yang membuatkan aku sedih? Dia tak datang pun dinner tu. Pukul 6 petang aku dah siap hantar anak pergi rumah makcik.
"Dalam masa yang sama aku call dia kata... B, siaplah nanti pergi kat location yang sayang bagi tu. Dia kata okey.
"Tapi dari pukul 7.30 malam hingga 9 malam kelibat dia pun aku tak nampak," katanya.
- Seorang wanita kecewa apabila suaminya tidak hadir ke majlis ulang tahun perkahwinan yang dirancang sendiri.
- Dia menabung tiga bulan dan menempah makan malam serta jurugambar untuk meraikan hari istimewa itu.
- Suaminya tidak muncul walaupun sudah diberitahu lokasi sambutan.
- Lelaki itu hanya beri alasan “lupa” tanpa ucapan terima kasih atau maaf.
- Netizen bersimpati dan berkongsi pengalaman sama dengan wanita berkenaan.
Wanita itu akhirnya menikmati makan malam berseorangan sementara pasangan di meja lain kelihatan diraikan dengan bunga dan kejutan.
“Jurufoto tanya mana pasangan saya, tapi saya cuma senyum. Di meja tu terang-terang tulis happy anniversary, tapi saya sambut seorang diri,” katanya hampa.
Sebelum pulang, wanita berkenaan membeli sejambak bunga untuk diri sendiri sebagai pengubat hati tetapi kekecewaannya bertambah apabila melihat suami sedang tidur.
"Aku tanya dia kenapa tak datang? dia kata lupa. Aku bagi je la hadiah tu kat dia. Cakap terima kasih pun tak, dia kata letak la atas meja.
"Aku baring mengiring ke kiri peluk anak sambil nangis. Dia dengar tapi tak pujuk pun," katanya memaklumkan suaminya langsung tidak memohon maaf.
Reaksi netizen
Perkongsian itu mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen yang memintanya tabah berdepan situasi berkenaan.
Menurut sebahagian warga maya, mereka juga pernah melalui perkara yang sama apabila pasangan tidak menghargai usaha yang dilakukan untuk meraikan hari istimewa.
"Rupanya saya ada geng. Sabar la kak sampai kita meninggal dunia. Dah 11 tahun kahwin... hari lahir atau ulang tahun memang suami tak ingat.
"Tahun depan tak payah beria dah sis. Cukup sekali. Hari jadi dia pun awak buat tak tau je. Hati pun tak sakit.
"Memang wujud lelaki macam ni. Tak faham kenapa lepas kahwin hilang semua romantik tu," katanya.


