SEORANG guru prasekolah meluahkan rasa sedih selepas mendengar anak muridnya menggunakan perkataan kesat dan tidak sopan ketika sesi pembelajaran di dalam kelas.
Bimbang tutur kata tersebut terus menjadi amalan, dia memanjangkan isu tersebut kepada ibu bapa dan penjaga murid yang terlibat.
Menerusi tangkap layar mesej WhatsApp yang dikongsikan, guru terbabit menyatakan antara perkataan yang sering disebut adalah gila, babi, bodoh, sial dan beberapa perkataan lucah.

Tangkap layar mesej yang dikongsikan.
"Parents, maaf saya ambil masa sedikit. Kebelakangan ini saya banyak mendengar perkataan yang tidak sopan diucapkan anak-anak sewaktu di dalam kelas.
"Dua tiga hari ni memang ada tegur banyak kali tapi ada juga yang berulang," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mata terbeliak, badan menggigil... Lidah pakcik tak mampu mengucap ketika nazak, hanya kata-kata carutan sampai hujung nyawa
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu enggan daftar anak masuk sekolah, takut diam-diam si manja belajar mencarut - “Jahat ke saya?”
Lebih mengejutkan apabila dia turut mendedahkan bahawa kanak-kanak berkenaan mengakui perkataan tersebut didengari mereka ketika berada di rumah.
Bagaimanapun, ada yang menyatakan perkataan berkenaan datang daripada permainan video yang digunakan.
- Guru prasekolah sedih dengar murid guna perkataan kesat dalam kelas.
- Katanya, kanak-kanak ulang sebut walau dah ditegur berkali-kali.
- Ada murid akui dengar perkataan tu di rumah atau dari permainan video.
- Isu dibangkitkan dalam grup ibu bapa untuk minta pemantauan.
- Netizen sokong cikgu, kata punca bermula dari rumah dan budaya sekeliling.
"Mohon bantuan parents juga untuk pantau anak-anak. Maaf saya terpaksa senaraikan perkataan-perkataan tersebut," tambahnya.
Perkongsian mesej tersebut tular di media sosial selepas dikongsikan seorang pelayar Thread bernama Myra.

Warga maya turut meluahkan rasa bimbang dan sedih.
Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui situasi tersebut berlaku dalam kalangan murid tadika.
Rata-rata netizen berpendapat penggunaan bahasa kasar dalam kalangan kanak-kanak berpunca daripada pengaruh persekitaran, media sosial dan cara komunikasi di rumah.
"Saya sangat setuju yang semuanya bermula dari rumah.
"Menyedihkan apabila memikirkan bahawa generasi akan datang akan hidup dalam budaya seperti ini. Membesarkan anak bukan perkara mudah.
"Tindakan cikgu membangkitkan isu tersebut dalam grup ibu bapa memang bagus. Tertanya juga apa reaksi mereka," demikian reaksi netizen.


