suria

Malu seumur hidup! Gadis sangka pensyarah tenung sebab ‘minat’... Rupanya tahi hidung keluar-masuk ikut nafas

Individu mudah perasan apabila ditenung lama oleh insan yang disukainya. -Gambar hiasan AI

PERASAAN terpesona atau crush pada seseorang adalah lumrah terutama dalam kalangan mereka yang sedang menginjak ke usia dewasa.

Seorang wanita berkongsi detik memalukan ketika dia bergelar mahasiswi yang mana ketika itu dia berbual dengan pensyarah yang diminatinya. 

Menurut wanita berkenaan, detik memalukan itu hanya diketahui selepas dimaklumkan sesuatu oleh rakannya.

Meminati seseorang adalah lumrah setiap manusia. -Gambar hiasan AIMeminati seseorang adalah lumrah setiap manusia. -Gambar hiasan AI

"Crush dekat lecture. Tengah sembang dengan dia tahi hidung tergantung malunya.

"Kawan aku cakap tahi hidung tu ikut nafas aku masa hembus dia keluar, masa aku 'hirup' dia masuk. Bila aku gelak tahi tu keluar masuk," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kacak, fasih baca doa... Wanita kecewa ‘crush’ di ofis rupanya songsang! Kini mula belajar cara kesan lelaki gay

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun cuba mengurat, lelaki berstatus suami orang akhirnya mengalah... Hanya ‘blue tick’ lepas ‘crush’ kirim gambar kasut RM799

Tambahnya, kawan yang berada bersamanya tidak sempat menegur kerana melihatnya terlalu selesa berbual dengan lelaki tersebut.

  • Seorang wanita kongsi pengalaman memalukan ketika berbual dengan pensyarah yang diminatinya.
  • Tahi hidungnya terkeluar dan bergerak keluar masuk mengikut nafas tanpa disedari.
  • Rakannya tidak sempat menegur kerana dia selesa berbual.
  • Gadis itu menyangka pensyarah menatapnya kerana suka, rupanya melihat tahi hidungnya.
  • Netizen turut kongsi pengalaman lucu termasuk insiden meletak hadiah dalam beg crush yang akhirnya dikunci.

"Saya dah marah kawan saya. Kenapa tak tegur, dia kata nampak selesa, tak sempat nak tegur.

"Saya ingat pensyarah tu tenung sebab suka saya balik, rupanya dia tengah pastikan tu memang tahi hidung,” katanya.

Netizen berkongsi pengalaman memalukan.

Netizen berkongsi pengalaman memalukan. 

Wanita itu berkata demikian di ruangan komen seorang pengguna TikTok yang meminta orang ramai kongsikan pengalaman memalukan.

Antara komen lain termasuklah pengalaman seorang wanita meletakkan hadiah ke dalam beg kepada lelaki idamannya.

"Letak hadiah dalam beg crush, lepas tu crush mesej ucap terima kasih dan kata cantik hadiah. 

"Masa tu tu bodoh, perasan dia sukalah. Dua hari lepas tu nak letak lagi hadiah, crush kunci beg dia guna padlock," katanya.

 

 

Artikel Lain