suria

"Cikgu macam cakap dengan tunggul" - Makin 'parah' pelajar ‘live’ di kelas, komen-komen berbaur lucah

Sesi live tersebut disertai lebih 600 pelayar media sosial.

TANGKAP layar seorang pelajar perempuan yang lengkap berpakaian seragam sekolah melakukan sesi siaran langsung (live) ketika berada di kelas, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lebih membimbangkan apabila terdapat dakwaan siaran itu dilakukan ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedang diadakan.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, kelihatan lebih 600 pelayar menyertai sesi siaran langsung itu dan turut meninggalkan komen berbaur lucah.

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menarik minat murid untuk belajar. -Gambar hiasan

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menarik minat murid untuk belajar. -Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, pengguna Thread itu turut menyatakan individu yang menyertai sesi siaran langsung pelajar terbabit menggunakan bahasa kurang sopan.

"Dalam kelas, cikgu tengah mengajar tapi murid boleh buat live! Cikgu ibarat bercakap dengan tunggul.

"Lagi menyakitkan hati apbila komen dan bahasa yang digunakan tidak ada adab, ini ke generasi pewaris negara yang kita nak banggakan?

ARTIKEL BERKAITAN: Cara cikgu ini ‘hukum’ murid biadab dapat sokongan, tak perlu tengking… Dulu letak kaki atas meja, sekarang menangis mohon maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab... Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab!

"Telefon bimbit dibawa ke sekolah, siap 'live' semasa PdP," ujarnya berkongsi situasi yang berlaku.

Turut meluahkan kebimbangan perkara itu dinormalisasikan pelajar, lelaki ini meminta Kementerian Pendidikan mengambil tindakan sewajarnya.

  • Tular pelajar perempuan buat siaran langsung ketika guru sedang mengajar.
  • Netizen dakwa bahasa digunakan dalam live itu kurang sopan.
  • Kementerian Pendidikan digesa ambil tindakan tegas.
  • Sikap sebegitu boleh cemarkan imej institusi pendidikan.
  • Netizen marah, anggap pelajar hilang adab dan patut dirampas telefon.

Malah katanya, maruah dan imej institusi pendidikan negara boleh tercalar disebabkan sikap pelajar yang hilang hormat pada guru.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan pelajar terbabit dan menyifatkannya sebagai tidak beradab.

Warga maya meminta pihak kementerian mengambil tindakan tegas.

Warga maya meminta pihak kementerian mengambil tindakan tegas.

Tidak kurang juga yang menggesa pihak sekolah dan kementerian supaya mengambil langkah tegas agar perkara seperti itu tidak berulang pada masa akan datang.

"Sampah budak Gen Z sekarang, sekat telefon... dulu tak ada telefon pun boleh hidup.

"Rampas terus je telefon tu cikgu kalau tegur pun tak jalan.

"Cikgu sekarang pun dah malas ambil tahu budak macam ni, bukan apa... silap hari bulan mak ayahnya datang serang balik," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain