SETIAP umat Islam pasti mendambakan pengakhiran hidup dalam keadaan husnul khatimah.
Namun untuk meraih pengakhiran yang baik, setiap amalan sepanjang hidup menjadi penentunya.
Di Thread, tular kisah seorang individu yang didakwa tidak mampu untuk mengucap ketika sedang nazak.

Tiada siapa boleh menjangka tarikh atau waktu mereka akan meninggal dunia. -Gambar hiasan
Lebih menyedihkan, mulut individu itu penuh dengan caci maki sehinggalah ke akhir hayatnya.
"Aku nak cerita pasal seorang pakcik. Nazak depan mata, tapi kalimah Allah tak keluar. Yang keluar hanyalah carutan. Mulut dia langsung tak boleh menyebut kalimah syahadah.
"Kami ajar dia mengucap tapi lidah dia terkeluar masuk, suara serak. Yang keluar hanyalah perkataan kotor dan mencarut. Aku meremang. Makin kuat kami ajar, makin dia gelisah.
- Pemuda kongsi pengalaman melihat seorang pakcik sedang nazak.
- Pakcik itu menggigil dan matanya terbeliak.
- Pakcik itu juga tidak boleh mengucap walaupun sudah diajar orang sekeliling.
- Mulut pakcik itu penuh dengan perkataan kotor walaupun dia sedang nazak.
- Rupa-rupanya pakcik itu suka mencarut sepanjang hidupnya.
"Mata terbeliak, badan menggigil. Nafas tersekat-sekat… tapi kalimah tu tetap tak keluar," tulis pemuda yang berkongsi kisah itu.
Bercerita lanjut, dia berkata individu itu sememangnya tidak menjaga tutur kata sepanjang hidupnya, malah sering mengucapkan perkataan kotor.
"Bayangkan saat terakhir hidup, bukannya nama Allah, tapi carutan yang meniti di lidah. Pakcik ni masa hidup memang suka mencarut. Katanya gurau-gurau je.
ARTIKEL BERKAITAN: Doktor sayu pesakit nazak sering bawa khabar ‘gembira’ buat keluarga sebelum pergi... Kongsi tanda seseorang itu ‘dah tak lama’
ARTIKEL BERKAITAN: 43 tahun berkawan, BFF nazak dirahsiakan! Tahu-tahu dah meninggal, rakan lain beri alasan ‘jaga amanah’ arwah
"Tapi rupanya lidah dia terbiasa dengan kata kesat, bukan zikrullah. Pengajarannya, jangan biasakan diri dengan perkataan kotor walau suka-suka.
"Sebab lidah ni akan ulang apa yang dia biasa. Apabila nyawa di hujung halkum, masa tu dah terlambat," pesannya lagi.
Namun, dia tidak menjelaskan secara terperinci hubungannya dengan si mati.

Amal soleh seseorang akan menjadi 'bekal' di alam akhirat. -Gambar hiasan
Di ruangan komen, netizen turut memberi peringatan antara satu sama lain dan berharap kisah itu menjadi pengajaran kepada orang ramai.
"Arwah pakcik saya memang suka mencarut, maki hamun orang. Masa terlantar pun dia 'lalok' cakap benda macam tu. Sampai hujung nafas macam tu.
"Kena kongsi kisah macam ni dekat sekolah. Budak-budak sekarang mencarut macam sembang biasa je.
"Semoga Allah menjaga aib kita dan aib pakcik tu, ampuni dosa pakcik tu," tulis netizen.


