suria

2 kali cerai, wanita kerja 'gomen' berstatus muflis cekal sara 10 anak! Sambung belajar dengan gaji bersih RM711.05

Masalah kewangan sering menjadi punca penceraian. -Gambar hiasan

KISAH seorang wanita yang cekal mengharungi pelbagai dugaan hidup termasuk diisytihar muflis mendapat perhatian ramai di media sosial.

Berkongsi cerita di laman Facebook, ibu kepada 10 cahaya mata ini berkata, dia dibebani hutang selepas membantu bekas suaminya membuat pinjaman perumahan dan bagi membuka kedai runcit.

Pada masa itu, dia bekerja sebagai seorang kerani di sebuah jabatan kerajaan dan akhirnya diisytiharkan muflis pada 2024.

Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan

Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan

"Saya dah kerja kerajaan sejak tahun 2000, tak tahulah tak ada rezeki dalam perkahwinan kot... dua kali cerai, anak 10.

"Bekas-bekas suami tak bekerja, jadi minta buat loan untuk buka kedai runcit yang akhirnya tak nampak bayang. 

"Minta buat loan, buat rumah yang akhirnya setakat lapan tiang je berdiri," ujarnya berkongsi detik-detik sebelum dilanda kesusahan dalam hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal cuba nasib main cinta dengan ‘tahi’ ganja... Sayang sangat sampai setuju nak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis anak sulung nak lari rumah, sakit mental layan mak ayah pemboros... Ugut ‘tak cium bau syurga’ jika enggan buat ‘loan’ bank

Situasi getir, tekanan melampau yang dialami dalam rumah tangga serta bebanan hutang membuatkan wanita ini pernah hampir menamatkan riwayat hidupnya sendiri.

Namun dia mengakui bahawa peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya membuatkan dia sedar tentang tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Mengakui dirinya terhimpit, dia bagaimanapun sedar perlu memastikan anak-anak mendapat kehidupan yang selesa.

  • Ibu kepada 10 anak, diisytihar bankrap pada 2024 gara-gara bekas suami gagal buka kedai runcit dan rumah terbengkalai melalui wang pinjaman.
  • Hampir bunuh diri akibat tekanan perkahwinan gagal, hutang dan masalah kewangan.
  • Kini hanya ada gaji bersih RM711.05 sebulan, sara enam anak masih bersekolah.
  • Dugaan bertambah apabila kereta rosak total loss dan dia patah tulang belakang T12, selain suasana kerja toksik.
  • Dia tetap positif, sambung pengajian dan berkongsi semangat: selagi hidup, masih boleh bangkit.

Susulan itu, dia mula mendapatkan perkhidmatan di Jabatan Insolvensi supaya dapat merancang kewangan bagi meneruskan hidup.

"Masuk insolvensi restructure gaji, harapan setinggi gunung nak ubah keadaan, saat ini hadap kehidupan dengan gaji bersih RM 711.05.

"Tengah berusaha membesarkan anak-anak dengan enam orang yang masih bersekolah, kereta total loss dan patah tulang belakang T12.

"Pada masa sama berhadapan dengan situasi toksik di tempat kerja setiap hari," tambahnya lagi.

Walau kental dan bersabar menempuh dugaan hidup, satu perkara menarik yang membuatkan ramai kagum apabila dia memutuskan untuk menyambung pengajian bagi memenuhi impian.

Warga maya memuji ketabahannya membesarkan anak ramai dengan bebanan kewangan.

Warga maya memuji ketabahannya membesarkan anak walau tanggung bebanan kewangan.

Selepas memohon Apel.Q (Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan) dia menyambung pengajian ijazah sarjana dalam bidang keusahawanan.

"Cuma untuk penuhi impian saya, syukurlah dah dapat.

"Dalam pergumulan kehidupan, sesuatu yang baik buat tersenyum tetap ada.

"Walau tak siapa bantu, bekas suami hilang dari radar, kawan-kawan kerja bantu sedikit sebanyak tapi tula, bantuan dijadikan bahan setiap hari," katanya yang bagaimanapun terus tabah dan bertahan.

Berdasarkan pengalaman yang diri sendiri, dia menitipkan kata-kata semangat dan nasihat buat mereka yang berdepan situasi sama khususnya golongan ibu tunggal.

Baginya, selagi manusia bernafas, tiada apa yang tidak boleh dilakukan.

"Kepada mereka yang rasa benar-benar susah, tersepit, terjatuh bukan setakat ditimpa tangga tapi bangunan runtuh hempap sekali, it's okay, bukan pengakhiran cuma bertahan.

"Saya benar-benar berada di tahap yang tak berharap banyak, cukuplah sihat tidak kebuluran.

"Setiap sesuatu ada masanya, tahap kronik keperitan hidup yang saya lalui buat saya melihat setiap sesuatu dengan pemikiran berbeza.

"Di sebalik peritnya melalui hari-hari dengan dompet hanya RM4, saya merasa tenang walaupun muflis dengan tanggungan ramai," luahnya.

Artikel Lain