suria

Gadis anak sulung nak lari rumah, sakit mental layan mak ayah pemboros... Ugut ‘tak cium bau syurga’ jika enggan buat ‘loan’ bank

Ramai anak mengalami bebanan kewangan kerana ingin membantu keluarga. -Gambar hiasan

UNGKAPAN ‘tak cium bau syurga’ menjadi igauan ngeri setiap anak-anak.

Lebih menakutkan apabila ada dalam kalangan ibu bapa yang menjadikan ia sebagai 'senjata' untuk membebankan anak-anak termasuk membabitkan soal kewangan.

Turut dihantui kata-kata tersebut ialah seorang wanita dipaksa membuat pinjaman kewangan untuk kedua-dua orang tuanya.

Pengurusan kewangan adalah perkara penting. -Gambar hiasan

Pengurusan kewangan adalah perkara penting. -Gambar hiasan

Namun apa yang menyedihkan apabila ibu bapanya bukan sahaja enggan memaklumkan tujuan pinjaman tersebut, malah cuba menipu dengan menyatakan ia demi membayar ansuran rumah.

"Pihak bank hubungi cakap personal loan aku lulus... dalam hati, aku menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah paksa buat loan! Ruangan komen jadi medan luahan anak-anak, buntu dibebani hutang hingga tua... ini pandangan mufti

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah paksa anak kerja gomen buat ‘loan’ besarkan rumah, ugut derhaka jika ingkar... Tak mampu bayar akhirnya dapat notis bankrap

"Parents aku paksa buat untuk mereka, apabila aku tanya, mereka cakap untuk bayar duit rumah sedangkan selama ini aku yang bayar," luahnya di laman X.

Menurut wanita ini, dia cuba menolak permintaan terbabit, namun tindakan itu membuatkan dia diugut dengan ungkapan 'tidak cium bau syurga' oleh ibunya.

Selain runsing dengan isu pinjaman itu dia turut dikejutkan dengan sekatan ke atas kad kredit miliknya.

Batalkan pinjaman dan keluar dari rumah tu... syurga dan neraka Allah yang tentukan bukan manusia.

WARGA MAYA

Ia berikutan, kedua-dua orang tuanya membeli barang melebihi had yang ditetapkan tanpa pengetahuannya.

"Baru minggu lepas kad kredit kena sekat sebab mereka beli barang yang harga lebih RM10,000.

"Aku dah pening kepala sebab aku sendiri tak pernah lagi pakai sampai lebih RM10,000. Paling tinggi pun RM2,000.

"Berdosakan ke kalau aku keluar rumah macam tu je? Tapi aku anak perempuan sulung, adik-adik perlukan aku," luahnnya serba salah.

Warga maya memberi kata-kata nasihat kepadanya.

Warga maya memberi kata-kata nasihat kepadanya.

Perkongsiannya itu membuatkan warga maya tampil memberi nasihat dan pandangan.

Rata-ratanya meminta dia menolak permintaan ibu bapa bagi mengelakkan bebanan kewangan di masa hadapan.

"Keluar je dari rumah, adik-adik tu tanggungjawab parents. Kita sebagai penyokong.

"Batalkan pinjaman dan keluar dari rumah tu. Syurga dan neraka Allah yang tentukan bukan manusia.

"Sementara masih sempat, kalau kau putuskan hubungan keluarga lagi besar manfaat dari kau teruskan pinjaman yang penjarakan kemandirian sosial kau selama 20 hingga 30 tahun.

"Jangan tandatangan, bahaya! Nanti kau seorang saja yang kena hadap. Pindah kalau perlu, jangan sampai mudarat diri sendiri," demikian nasihat warga maya.

Artikel Lain