suria
mStar - Urban.Versatil

Nad Zainal, Ayu Damit tak setuju Aswara ditukar jadi Universiti P. Ramlee

Nad Zainal dan Ayu Damit lantang penjenamaan Aswara.

CADANGAN penjenamaan semula Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) kepada Universiti P. Ramlee (UPR) kembali mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan alumni dan pelajar institusi berkenaan.

Perkara itu turut menarik perhatian beberapa selebriti yang tidak bersetuju cadangan itu diteruskan memandangkan Aswara sudah dikenali sebagai pusat pembinaan bakat dan ruang penghasilan karya kreatif.

Antara selebriti yang membantah usaha penjenamaan Aswara kepada UPR ialah Nad Zainal. 

Antara komen yang dtinggalkan oleh para alumni.

“Tidak,” tulis Nad di ruangan komen pada hantaran foto artikel bertajuk  ‘Cadangan Jenamakan Aswara Sebagai Universiti P. Ramlee Kembali Dibangkitkan’ yang dimuat naik portal Bernama di Instagram baru-baru ini. 

Selain itu, penyanyi Ayu Damit yang kini melanjutkan pengajian di Aswara turut tidak bersetuju nama Aswara diubah.

“Aswara saja sudah cantik nama itu. Apa-apa pun saya dah bangga belajar di Aswara. Jadi jawapannya tidak untuk tukar nama Aswara,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aswara Wujudkan Fakulti Animasi Pertama Di Negara Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Zul Huzaimy, Syafinaz dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Aswara - “Saya akan jalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin”

Selain Nad Zainal dan Ayu, terdapat beberapa selebriti lain yang tidak mahu nama institusi itu diubah seperti Abbas Mahmood, Ewan Fauzi, Reza Mohamed dan Azizul Haqim.

Meninjau ke ruangan komen pada hantaran foto yang dimuat naik, rata-rata netizen turut berpandangan penjenamaan semula itu tidak mempunyai keperluan mendesak dan berharap nama Aswara terus dikekalkan.

Terdahulu cadangan menjenamakan Aswara kepada UPR pernah disuarakan sekitar 2015, namun masih belum direalisasikan sehingga hari ini. 

Penjenamaan itu difahamkan sebagai penghormatan terhadap sumbangan besar Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ke peringkat institusi serta mengekalkannya sebagai rujukan utama dalam landskap seni tanah air.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain