suria
mStar - Urban.Versatil

10 tahun berehat, Erma Fatima kembali duduk kerusi pengarah... "Saja suka-suka, lepas gian"

Erma seakan-akan memberi isyarat kembali aktif di belakang tabir sebagai pengarah.

PENERBIT dan pelakon Erma Fatima kembali mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa foto yang seakan-akan memberi isyarat dia kembali aktif di belakang tabir sebagai pengarah.

Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali berkongsi momen berada di lokasi penggambaran bagi sebuah projek kolaborasi Malaysia dan Indonesia menerusi Instagram miliknya.

"Lama tak rasa macam ini (begini)," tulis Erma, 58, di samping beberapa foto yang menyaksikan pelakon 'A-list' terlibat dalam projek terbabit termasuklah Datin Seri Umie Aida, Vanidah Imran, Puteri Sarah dan Anna Jobling.

Antara barisan pelakon bagi projek hasil sentuhan Erma. 

Menariknya, hantaran tersebut turut diiringi lagu kerohanian Wahai Pemilik Jiwa nyanyian asal Opick.

Selain barisan pelakon tempatan, perkongsian itu juga memperlihatkan kehadiran bintang Indonesia seperti Lukman Sardi, Bima Samudra, Elina Joerg dan Valentino.

ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima tulis skrip 2 filem tentang ajaran sesat, terbang ke Indonesia buat kajian

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Erma Fatima tiada niat persenda agama, dua drama kontroversi papar realiti sebenar… Cukuplah kisah penyondol!

Erma dalam satu temu bual berkata dia sudah lama tidak menggalas tanggungjawab sebagai pengarah dan projek berkenaan sekadar untuk mengubat kerinduan terhadap dunia pengarahan.

"Lepas gian selepas 10 tahun tak direct (mengarah). Saja suka-suka, setakat ini tak tahu lagi mana nak tayang," katanya ringkas.

Untuk rekod, pemenang Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 itu kali terakhir mengarah telefilem Pesan Dari Tuhan yang diiktiraf sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2017.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain