SEORANG guru kecergasan meluahkan rasa kecewa melihat keadaan sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil untuk komuniti bersantai dan bersenam menjadi kotor selepas berlangsungnya konsert.Menurut S. Kavitha, ini bukan kali pertama sampah sarap dilihat memenuhi ruang awam di kawasan stadium tersebut, sebalik sudah berulang kali. "Kali pertama saya lihat perkara ini selepas konsert Siti Nurhaliza. Esok paginya, keadaannya mengecewakan dengan timbunan sampah di mana-mana."Menjadikan ia suasana tidak selesa malah menyukarkan orang yang bersenam atau menggunakan fasiliti stadium. Hari ini, ia berulang lagi selepas konsert Ella," katanya.Menerusi perkongsian di Instagram [Tonton Video], Kavitha menujukkan keadaan sekeliling kawasan untuk berjoging dipenuhi sampah, hingga menarik burung gagak mencari makanan.Malah, sampah juga tidak dibuang di dalam tong yang disediakan."Konsert memang menyeronokkan. Namun, ia akan lebih bermakna sekiranya pentas juga digunakan untuk mengingatkan penonton tentang tanggungjawab sivik."Menjaga kebersihan ruang bersama, membuang sampah dengan betul, atau membawanya pulang jika tong sampah penuh," katanya.Kavitha turut berkongsi beberapa cadangan daripada orang ramai yang hadir:1. Pihak penganjur perlu membersihkan kawasan stadium serta sekitarnya segera selepas acara, bukannya keesokan harinya, kerana boleh menarik haiwan liar dan menimbulkan bau.2. Jika tong sampah penuh, pengunjung digalakkan membawa balik sampah mereka dan membuangnya di rumah.3. Penganjur perlu menyediakan tong sampah mencukupi mengikut saiz dan bilangan penonton.4. Ruang awam adalah milik semua. Setiap pengunjung harus bertanggungjawab menjaga kebersihan untuk memastikan orang lain, termasuk kanak-kanak, dapat menggunakan kawasan tersebut dengan selamat dan sihat.