SEORANG pempengaruh media sosial berusia 41 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Teng Kung Suk 3, dekat Sibu, Sarawak, awal pagi Isnin.Mangsa, Chen Ding Ding, yang memandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori treler yang diparkir di hujung jalan berkenaan. Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 2 pagi."Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori treler yang diparkir di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.Zulkipli berkata, pasukan bomba terpaksa memotong bahagian bumbung kenderaan mangsa bagi mengeluarkan mayat yang tersepit di tempat duduk pemandu.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Difahamkan, mangsa merupakan pempengaruh yang aktif berkongsi pelbagai jenis masakan di platform media sosial miliknya. -The Star